FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PPNBD Bincang Perancangan Tahunan Pengakap Muda, Remaja


KETUA Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali bergambar ramai bersama para pemimpin dan penolong pemimpin pasukan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

 


 February 11th, 2019  |  06:06 AM  |   407 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perancangan yang teliti dalam menyusun kepelbagaian kegiatan Pengakap yang menarik adalah amat penting di dalam menentukan kejayaan bagi sesebuah organisasi.

 

Sehubungan itu, bagi merealisasikan perancangan kegiatan tahunan 2019, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) melalui Bahagian Pengakap Muda dan Bahagian Pengakap Remaja telah mengadakan perjumpaan khas tahunan di antara para Pemimpin Pengakap dan Penolong Pemimpin Pengakap Pasukan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dari maktab dan sekolah menengah kerajaan dari seluruh negara bersama dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap yang berlangsung di Bilik Persidangan, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, Kompleks Pengakap, Jalan Gadong.

 

Lebih 30 orang Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dari seluruh negara telah menghadiri majlis perjumpaan tersebut.

 

Keahlian di Bahagian Pengakap Muda terdiri daripada pelajar-pelajar yang menuntut di Tahun 7 hingga Tahun 9 di maktab atau di sekolah menengah manakala bagi keahlian di Bahagian Pengakap Remaja pula terdiri daripada para pelajar Tahun 10 hingga Tahun 11 di maktab atau di sekolah menengah.

 

Semasa perjumpaan khas tersebut, Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali mengalu-alukan kehadiran semua Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja yang sentiasa komited dengan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh ibu bapa pelajar di dalam mendidik anak-anak mereka di dalam pendidikan di luar bilik darjah. Ianya juga sebagai satu nilai tambah di dalam membangunkan sahsiah keperibadian generasi muda dalam mengenali dunia dengan lebih luas melalui kegiatan-kegiatan yang menarik.

 

Pertemuan yang lazimnya dijalankan pada setiap awal tahun itu dihasratkan untuk memberi penerangan tentang perancangan tahunan kegiatan serta latihan-latihan bagi ahli-ahli Pengakap Muda dan Pengakap Remaja sepanjang tahun 2019 di samping membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan pendaftaran pasukan dan keahlian bagi ahli-ahli Pengakap Muda dan Pengakap Remaja yang baharu.

 

Turut hadir, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pengakap Muda dan Bahagian Pengakap Remaja, Awang Haji Burhanuddin bin Haji Md. Daud; Pesuruhjaya Program, Junaidi bin Haji Hussin; Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pengakap Perempuan, Hajah Nor Rahmat binti Sidin; Pegawai Eksekutif Pengakap, Zainudin bin Haji Ishak; Pemangku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tutong, ACP (B) Haji Murad bin Haji Abdul Hadi; Pesuruhjaya Pengakap Daerah Temburong, Jurkarnain bin Husin dan Penolong-penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bahagian Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

 

Dalam perjumpaan tersebut, Awang Haji Burhanuddin turut memberikan penerangan mengenai kegiatan dan latihan yang bakal diadakan sepanjang tahun 2019 oleh Bahagian Pengakap Muda dan Bahagian Pengakap Remaja kepada semua Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja yang hadir.

 

Antara latihan-latihan bagi ahli-ahli Pengakap Muda dan Pengakap Remaja termasuklah Kursus Kepimpinan Ketua-Ketua Patrol, Kursus Kepimpinan Pengakap Remaja, Pertandingan Merintis dan lain-lain kegiatan kemahiran berpengakap yang menarik.

 

Di samping itu, juga akan diadakan bengkel ulang kaji pengurusan pasukan dan skim lencana bagi Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja, Kursus Selamat dari Bahaya (Safe from Harm) dan Kursus-Kursus Kepimpinan Manikayu (Wood Badge Leadership Course') kepada Pemimpin-Pemimpin dan Penolong-Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

 

Beliau turut menerangkan bahawa Bahagian Pengakap Muda dan Pengakap Remaja yang mencapai usia 112 tahun telah ditubuhkan oleh Leftenan Jeneral Robert Stephenson Smyth Baden-Powell atau Lord Baden Powell of Gilwell atau lebih dikenali dengan nama panggilan BP, pengasas pergerakan Pengakap sedunia ('Founder of World Scout Movement') pada 1 - 8 Ogos 1907 di Brownsea Island di England.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07