FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bengkel Halusi Pergerakan Solat


SEBAHAGIAN penduduk kampung yang menghadiri bengkel tersebut.SEBAHAGIAN penduduk kampung yang menghadiri bengkel tersebut.SEBAHAGIAN penduduk kampung yang menghadiri bengkel tersebut.

 


 February 11th, 2019  |  06:09 AM  |   283 views

LAMBAK KIRI

 

Dalam usaha untuk memantapkan serta menghalusi lagi pergerakan dan cara-cara solat mengikut sunah dan ajaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Jawatankuasa Takmir, Muslimah dan Belia Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lambak Kiri menganjurkan Bengkel Solat Rasulullah Kali Kedua sebagai kesinambungan bengkel pertama yang telah diadakan tahun lalu.

 

Bengkel yang diadakan di Masjid STKRJ Lambak Kiri itu dikendalikan oleh Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

 

Antara pengisian bengkel menjurus kepada pergerakan solat antaranya cara-cara berdiri dengan betul, takbiratul ihram, meletakkan tangan semasa berdiri tegak, kaedah rukuk, sujud dan telunjuk pada tahiyat awal dan akhir serta menolehkan kepala semasa salam.

 

Bengkel ini bertujuan untuk menghalusi pergerakan solat yang dilakukan oleh jemaah-jemaah namun menjurus kepada apa yang diajarkan dalam Mazhab Shafiee mengikut sunah-sunah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam.

 

Menurut  Dr. Haji Adnan, turut diterapkan pada bengkel tersebut ialah sunat-sunat yang sering  terlepas pandang oleh jemaah-jemaah seperti pergerakan yang patut kita berhenti sebentar di dalam solat dan fadilat-fadilat yang sepatutnya dibaca di dalam solat.

 

Pada bengkel kali ini tambahnya, para jemaah telah diberikan maklumat tambahan dari apa yang sudah diketahui dan matlamat utamanya ialah untuk merealisasikan falsafah Melayu Islam Beraja melalui Negara Zikir dan juga dalam merealisasikan asas kepada falsafah Negara mengikut Ahli Sunnah Waljamaah mengikut Mazhab Shafiee.

 

Terangnya, insyaaAllah bengkel ini akan diadakan secara berterusan di masjid-masjid dan sekolah-sekolah di mana pihak KUPU SB juga merancang beberapa kegiatan dalam menghalusi solat untuk di peringkat Kementerian-Kementerian dan guru-guru sendiri selain untuk menggalakkan Persatuan Pelajar untuk samap-sama  mengendalikan bengkel-bengkel seumpama ini di sekolah-sekolah.

 

Beliau berharap lebih banyak  bengkel lain dapat dilaksanakan pada masa akan datang seperti cara-cara berwudhu, bertayammum, kaedah solat berjemaah, solat bagi orang sakit dan sebagainya.

 

"Saya berharap dan berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan memberikan rahmat kepada semua ahli jemaah masjid dan mereka akan mendapat solat yang lebih baik dan khusyuk serta dalam reda Allah jua hendaknya," ujar Dr. Haji Adanan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07