Home > Bahasa Melayu
Majlis Minum Petang Amal Bagi Mengutip Dana Pusat Kaca
YANG Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan (kiri) semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penaja.
February 11th, 2019 | 06:12 AM | 458 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Syarikat Eman petang tadi menganjurkan Majlis Minum Petang Amal Bagi Mengutip Dana Pusat KACA yang mengambil tempat di Serambi Batil, Tarindak D'Seni, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga menyempurnakan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada para penaja.
Acara kemudiannya turut diserikan dengan beberapa persembahan khas daripada ahli-ahli Persatuan KACA, juga termasuk persembahan artis dari luar negara selaku Duta Syarikat Eman.
Anjuran majlis tersebut merupakan salah satu inisiatif syarikat berkenaan untuk membantu golongan kurang bernaib baik.
Selain itu, ia juga merupakan satu kewajipan bersama bagi semua pihak sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta untuk sama-sama bertanggungjawab membantu golongan-golongan istimewa yang ada di negara ini.
Bagi memberkati majlis Doa Selamat dibacakan oleh Awang Haji Aminurhazim bin Haji Osman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]