FacebookInstagramTwitterContact

 

Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>           Registration for Brunei-Cambridge Examinations for October/November           >>           Mandatory Replacement of Electricity Prepaid Meters           >>           How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penglibatan Aktif Pelbagai Pihak Kurangkan Jumlah Fataliti


KETUA Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali bergambar ramai bersama para pemimpin dan penolong pemimpin pasukan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.KETUA Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali bergambar ramai bersama para pemimpin dan penolong pemimpin pasukan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

 


 February 11th, 2019  |  06:16 AM  |   187 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perkumpulan Hari Keluarga merupakan cara terbaik untuk mengeratkan ikatan silaturahim, sama ada melalui hubungan persaudaraan atau hubungan profesionalisme di dalam sesebuah organisasi.

 

Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan di bawahnya serta pihak-pihak berkuasa telah mengadakan Hari Keluarga buat pertama kali yang berlangsung di Taman Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang dikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Darat.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan Hari Keluarga MTIC ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof dan isteri.

 

Majlis dimulakan dengan sesi senamrobik diikuti dengan pelancaran dan aktiviti berjalan kaki mengelilingi Taman berkenaan.

 

Pelbagai aktiviti kekeluargaan yang cenderung kepada sukan riadah dan kerja berpasukan juga disediakan untuk memeriahkan suasana Hari Keluarga yang disertai oleh warga Kementerian dan ahli keluarga masing-masing.

 

Dalam temu bual bersama Pelita Brunei, Yang Berhormat Menteri menyatakan antara objektif majlis diadakan ialah untuk menyatukan warga kementerian sebagai 'one family ministry' dan pentingnya untuk memupuk semangat kekitaan di dalam MTIC sejak penukaran nama kementerian tersebut pada Disember lalu.

 

Sejak itu, tambah Yang Berhormat, MTIC telah menyusun semula strategi dan penyusunan dari segi fungsi kementerian yang telah diperluas kepada fungsi yang memberi tumpuan dalam sektor pengangkutan yang merangkumi pengangkutan darat, penerbangan dan maritim.

 

Menyentuh mengenai dengan inisiatif keselamatan, Yang Berhormat menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai dengan "a whole of nation approach" dalam menjalankan apa saja inisiatif, misalnya dalam keselamatan jalan raya.

 

"Dengan penglibatan aktif Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya bersama sektor swasta dan NGO, dan hasil usaha berterusan seluruh negara telah berjaya mengurangkan jumlah fataliti jalan raya sebanyak 44 peratus pada 2017 dan 2018 dan ini merupakan satu permulaan yang menggalakkan," katanya.

 

Selain itu, usaha-usaha seperti program kesedaran berdedikasi dan penguatkuasaan, dan juga melalui pendekatan keugamaan seperti Sembahyang Hajat Berjemaah dan Membaca Rattib Al-Atas setiap bulan juga diteruskan untuk mendapat berkat dari Allah Subhanahu Wata'ala jua agar kita semua dihindarkan dari perkara yang tidak diingini di jalanraya.

 

Oleh itu, Yang Berhormat menggalakkan pembacaan doa sebelum memulakan perjalanan dan memperingatkan orang awam untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, tidak melebihi had laju, tidak menggunakan telefon bimbit yang mana masih banyak yang melakukannya, dan yang penting bersabar dan sentiasa memasang tali pinggang keselamatan selama mana kenderaan masih bergerak.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua Pegawai Eksekutif AITI, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan MTIC dan jabatan-jabatan di bawahnya serta pihak-pihak berkuasa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07