FacebookInstagramTwitterContact

 

Some Apple users say they’ve been mysteriously locked out of their accounts           >>           Oil Tanker Damaged In Houthi Missile Strike           >>           Tourist Fined For Approaching Walrus In Norway           >>           Trump Hush-Money Trial: His Mood And The Unveiling Of DA's Case           >>           Power Restored To Sierra Leone As Minister Quits           >>           Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion           >>           Liverpool Title Hopes Dented Again In West Ham Draw           >>           Real Madrid Move Closer To Title With Win At Real Sociedad           >>           QPR Thrash Leeds To Seal Leicester's Promotion           >>           Premier League CEO: Games In U.S. Not In Our 'Current Plans'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peserta Brunei Tersenarai Sebagai Finalis Anugerah Belia Komanwel


 


 February 12th, 2019  |  06:01 AM  |   317 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jawatankuasa Eksekutif Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam (BDAIDS Council), Setiausaha Pentadbiran, Dayang Siti Najihah Kamilah binti Latif telah tersenarai sebagai salah seorang daripada lima peserta finalis di rantau Asia untuk menerima Anugerah Belia Komanwel 2019 yang akan menerima trofi, sijil dan peruntukan sebanyak £1,000 bagi meneruskan kerja-kerja pembangunan mereka.

 

Najihah terpilih untuk menerima anugerah tersebut dalam bidang pekerjaan beliau yang memfokuskan Pembangunan Mapan 3 : Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik (Sustainable Development Goal 3 : Good Health and Well-being). Sebagai peneraju aktivis bagi kesihatan seksual di Brunei, beliau membantu dalam meningkatkan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan tentang jangkitan seksual dan kehamilan remaja menerusi program yang dipimpin oleh belia (HIV & AIDS for Peer and Youth Program - HAPPY). Beliau menyumbang dalam menyebarkan kesedaran mengenai HIV / AIDS melalui ceramah awam di sekolah, menjalankan beberapa kempen meluas dan advokasi peringkat tinggi dengan kerajaan dan telah berjaya mendekati hampir 10,000 golongan muda di Negara Brunei Darussalam.

 

Anugerah ini akan diberikan kepada golongan belia cemerlang yang berusia 15 - 20 tahun di mana projek dan program inovatif mereka mampu memberi kesan yang besar terhadap komuniti mereka. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 Komanwel moden, dengan tema 'A connected Commonwealth' yang memberi peluang kepada orang lain untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam persahabatan dan muhibah menerusi nilai praktikal dan penglibatan global.

 

Dengan lima ratus pencalonan dari 45 buah negara, hanya 16 pencabar yang mendapat pencapaian tinggi telah disenarai pendek. 16 finalis ini datang dari negara-negara yang merangkumi setiap wilayah Komanwel, termasuk Afrika, Asia, Caribbean dan Amerika, Eropah dan Pasifik.

 

 

 

Para finalis masing-masing akan menerima anugerah trofi, sijil dan menerima sejumlah £1,000 untuk meneruskan kerja pembangunan mereka. Sebaliknya, Pemenang 'Regional Young Person' pada tahun ini akan menerima £3,000 manakala 'Commonwealth Young Person' tahun ini akan diberi £5,000.

 

 

 

Negara Brunei Darussalam diberi penghormatan untuk dianugerahkan sebagai salah satu daripada lima finalis terbaik bagi Commonwealth Youth Awards selama dua tahun berturut-turut.

 

 

 

Penerima Commonwealth Youth Award tahun lalu ialah Awang Mohd. Khairul Azmi bin Haji Mohd. Salleh dari Society of Community Outreach and Training (SCOT).

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-27 23:24:48