FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kampus Agro-Teknologi, Wasan Tonjolkan Kemahiran Pelajar


KEBAWAH DYMM bersama paduka anakanda baginda ketika diberikan sembah penerangan ketika melawat Food Technology Unit

 


 February 13th, 2019  |  06:57 AM  |   748 views

WASAN

 

Sekolah Agro-Teknologi dan Sains Gunaan, Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE), Kampus Agro-Teknologi, Kampung Wasan merupakan sebuah institusi pendidikan vokasional yang menawarkan pelbagai program Sijil Teknikal Tertinggi Kebangsaan (HNTec) dan Sijil Teknikal Kebangsaan (NTec) dalam mata pelajaran Agroteknologi; Teknologi Akuakultur; Sains Makanan dan Teknologi; dan Sains Gunaan.

 

Ditubuhkan sejak 2006 dan dahulunya dikenali sebagai Sekolah Vokasional Wasan, sekolah ini diserapkan semula ke IBTE di bawah IBTE Transformation dengan penjenamaan semula kepada nama sekarang pada bulan April 2016.

 

Bagi melihat dan meninjau lebih dekat tapak-tapak pembelajaran penuntut-penuntut di kampus berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat melawat Kampus Agro-Teknologi, Wasan setelah menyempurnakan Majlis Mengatam Varieti Padi Hibrid Sembada188 di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Wasan, Mukim Pengkalan Batu.

 

Berangkat sama semasa lawatan tersebut ialah paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman dan Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh.

 

Baginda mula-mula berkenan berangkat meninjau Food Technology Unit yang menempatkan proses pembuatan produk-produk makanan dan minuman yang dihasilkan oleh para pelajar berkenaan antaranya minuman Susu Kacang, minuman Roselle,  Keropok Lekor dan Keropok Udang.

 

Baginda juga berkenan menyaksikan pembuatan biskut Roselle yang merupakan produk terbaharu para pelajar di bawah Program NTEC in Food Processing dan HNTEC in Agro Technology (Food Technology).

 

Dari Food Technology Unit, baginda kemudiannya berkenan melawat Crop Production Unit yang mana baginda melihat lebih dekat pembuatan herba serta meninjau penanaman sayur timun dan tembikai menggunakan sistem fertigasi di Rumah Hijau Kampus berkenaan.

 

Selain timun dan tembikai, Rumah Hijau tersebut juga menempatkan beberapa penanaman lain seperti cili, tomato ceri serta tempat semaian tanaman.

 

Turut menjadi perhatian lawatan baginda ialah Pameran Projek Agrobiz, yang merupakan kerjasama antara IBTE dan LiveWire Brunei melalui Memorandum Persefahaman yang telah dimeterai pada 23 Januari 2019 dengan objektif untuk menghidupkan semula program peladang muda dengan menerapkan pendekatan yang baharu khususnya dalam melahirkan agropreneurs yang terlatih dalam bidang agroteknologi.

 

Projek ini dijangka akan dapat menyumbang ke arah strategi kebangsaan di dalam keselamatan makanan untuk mencapai 30 peratus sara diri dalam penghasilan padi menjelang tahun 2025.

 

Baginda meneruskan lawatan ke Klinik Veterinar yang menyediakan pembelajaran mengenai pemeriksaan haiwan peliharaan seperti kucing, melakukan pembedahan selain mempelajari aspek-aspek kejururawatan.

 

Klinik tersebut juga membukakan perkhimatannya bagi orang ramai pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu pada waktu pejabat.

 

Baginda kemudian berkenan meninjau pelbagai jenis sistem hidroponik yang diusahakan oleh Syarikat AgroMetro, iaitu syarikat yang diusahakan oleh empat orang pengusaha muda lepasan penuntut IBTE.

 

Syarikat ini yang ditubuhkan pada tahun 2017 sehingga kini telah menjual lebih 100 unit sistem hidroponik selain turut menjual produk pertanian lainnya seperti sekam, kulit padi dan 'cocopeat'.

 

Kebawah DYMM juga berkenan beramah mesra dan berinteraksi bersama bekas pelajar (alumni) IBTE kampus berkenaan yang telah berjaya membuka perusahaan mereka sendiri. Baginda juga turut mendengarkan perancangan-perancangan pelajar selaku generasi pelapis setelah mereka tamat pengajian dari kampus tersebut nanti.

 

Sebelum berangkat balik, baginda juga berkenan menandatangani lembaran keberangkatan dan bergambar kenangan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07