FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bercemar Duli Ke Ladang Syarikat Perusahaan Haji Mohd. Salleh Bin Haji Ludin Dan Anak-Anak


Bercemar duli ke Ladang Syarikat Perusahaan Haji Mohd. Salleh bin Haji Ludin dan Anak-Anak KEBAWAH DYMM berkenan berangkat menyaksikan hasil tanaman di Ladang Syarikat Perusahaan Haji Mohd. Salleh bin Haji Ludin dan Anak-Anak.KEBAWAH DYMM dan paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri semasa berkenan melawat dan meninjau lebih dekat ladang tersebut.KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia dan paduka anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima junjung ziarah daripada ahli keluarga pengusaha ladang berkenaan.

 


 February 13th, 2019  |  07:07 AM  |   395 views

MASIN

 

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah dan akan terus menyediakan peluang-peluang dalam bidang pertanian dengan seluas-luasnya.

 

Sektor ini perlu diberi keutamaan kerana ia akan menentukan kelangsungan kita sebagai bangsa dan negara yang merdeka serta berkemampuan bertahan bagi survivabiliti bangsa dan negara yang selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk meningkatkan usaha ke arah membangun ekonomi melalui bidang yang dianggap utama, seperti bidang pertanian dan perikanan sebagai makanan asasi kita.

 

Untuk itu, para pengusaha dalam bidang pertanian dan perikanan diseru untuk terus melipatgandakan usaha mereka di dalam mempercepatkan pertumbuhan keluaran masing-masing, terutama sekali dengan mengadaptasikan teknologi yang bersesuaian dan mengamalkan pengurusan ladang yang baik bagi menjamin kualiti hasil ladang.

 

Usaha tersebut adalah mustahak bagi mencapai matlamat untuk menjana perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara melalui sektor pertanian.

 

Semasa berangkat ke Majlis Mengatam Varieti Padi Hibrid Sembada188 Di Kawasan Kemajuan Pertanian Kampung Wasan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga berkenan melawat ke Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) di Daerah Brunei dan Muara.

 

Salah satu KKP yang Kebawah Duli Yang Maha Mulia lawati ialah Ladang Syarikat Perusahaan Haji Mohd. Salleh bin Haji Ludin dan Anak- Anak, bertempat di KKP Batumpu.

 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM telah dijunjung oleh Pengurus Ladang, Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Ludin, selaku pengusaha dan pemilik syarikat berkenaan serta keluarga beliau.

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Semasa lawatan tersebut, baginda serta kerabat diraja disembahkan dengan taklimat mengenai syarikat berkenaan dan menyaksikan pameran produk hasil ladang.

 

Baginda kemudiannya dijunjung menyaksikan aktviti membajak tanah, menanam sayur, mengutip hasil dan lain-lain proses pertanian di ladang berkenaan.

 

Syarikat Perusahaan Haji Mohd. Salleh bin Haji Ludin dan Anak-Anak mengusahakan ladang sayur-sayuran seluas tujuh hektar, menggunakan sistem konvensional bagi tanaman sayur-sayuran jenis daun dan buah seperti bayam, kangkung, sawi manis, bindir, terung, timun dan sebagainya.

 

Pada tahun 2018, hasil keluaran ladang perusahaan tersebut ialah sebanyak 463.72 metrik tan dengan anggaran nilai BND1.19 juta.

 

Awang Haji Mohd. Salleh mula bergiat aktif dalam bidang pertanian sejak tahun 2004 yang mana turut dibantu oleh anak beliau sendiri iaitu Awang Muhd. Huzaimi selaku Penolong Pengurus dan mempunyai kira-kira 14 orang pekerja.

 

Ketika ditanya mengenai perancangan akan datang, Awang Haji Mohd. Salleh menjelaskan, jika diberikan lagi tanah-tanah dan kemudahan daripada pihak kerajaan, beliau menyimpan hasrat untuk mengembangkan lagi perusahaannya ke peringkat yang lebih besar.

 

Menurutnya hasil dari tanaman-tanaman tersebut dipasarkan di Pasar Borong Koperasi SETENAGA Kampung Selayun, pasar raya Sim Kim Huat, Sengkurong dan orang-orang persendirian serta restoran-restoran.

 

Mengenai kemajuan ladang tersebut pula, Muhd. Huzaimi menyatakan bahawa memang terdapat peningkatan dari segi hasil tanaman dan pengeluaran ladang sejak ia mula diusahakan lebih 10 tahun yang lalu.

 

"Jika diberikan sokongan dan bantuan lagi dari pihak kerajaan, kami ingin mengembangkan lagi perusahaan demi meningkatkan hasil produk kami," ujarnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07