FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawat Ladang Ideal Multifeed Farm (B) Sdn. Bhd.


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia ketika menerima sembah penerangan daripada Pengurus Ladang Ideal Multifeed Farm (B) Sdn. Bhd., Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abd. Rahman.

 


 February 13th, 2019  |  07:11 AM  |   1082 views

MUKIM SENGKURONG

 

Ladang Ideal Multifeed Farm (B) Sdn. Bhd. merupakan satu perusahaan ladang dan pembekal produk ternakan halal tempatan yang mengusahakan perusahaan Ternakan Ayam Pedaging, Ternakan Ayam Penelor dan Pusat Penyembelihan pada kawasan seluas 89 hektar.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat melawat dan meninjau ke Ladang Ideal Multifeed Farm (B) Sdn. Bhd. (Site 1 - Pusat Penyembelihan dan Site 2 - (Ladang Ayam Penelor), bertempat di Kampung Bengkurong - Masin.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong; Menteri di Jabatan Perdana

 

Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Turut menjunjung sama, Pengurus Ladang Ideal Multifeed Farm (B) Sdn. Bhd, Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abd. Rahman berserta para ahli pengurusan ladang Ideal Multifeed Farm (B) Sdn. Bhd.

 

Berangkat bersama ialah paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Terdahulu, Kebawah DYMM dijunjung untuk melawat dan mendengarkan sembah taklimat mengenai salah sebuah Pusat Penyembelihan Ayam, seterusnya memasuki ruang Viewing Room pusat berkenaan.

 

Baginda seterusnya dijunjung melawat ke kedai runcit Ideal Meat Shop yang memulakan operasi sekitar jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang dan mempunyai sekitar lima orang pekerja tempatan di kedai berkenaan.

 

Baginda kemudiannya dijunjung ke Kem Jamuan bagi menyaksikan beberapa pameran mengenai pencapaian syarikat berkenaan sejak ia mula ditubuhkan sekitar tahun 1992 sehingga kini, seterusnya berkenan menandatangani lembaran kenangan.

 

Baginda juga berkenan menerima pesambah daripada Pengurus Ladang Ideal Multifeed Farm (B) Sdn. Bhd.

 

Ladang Ideal Multifeed Farm (B) Sdn. Bhd. merupakan kilang pemprosesan ayam komersil pertama yang menggunakan sistem reban tertutup, perusahaan ternakan ayam pedaging menggunakan sistem reban konvensional, ternakan ayam penelor menggunakan reban tertutup dan mempunyai Pusat Penyembelihan Ayam.

 

Syarikat ini juga merupakan loji penggredan telur pertama yang ditubuhkan di Negara Brunei Darussalam pada 2 Oktober 2000, yang mempunyai kapasiti gredan 30,000 telur sejam menggunakan 'food grade inkjet logo printing'.

 

Antara syarikat subsidiari di bawah Ideal Multifeed Farm (B) Sdn. Bhd. termasuk Ideal Hatchery (B) Sdn. Bhd.; Ideal Marketing (B) Sdn. Bhd. - Ideal Meat Shop; Ideal Food Industries Sdn. Bhd. - Ideal Café & Grill; Ideal Feeds Mills Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Rato Kilang Makanan Haiwan Sdn. Bhd.); dan Ideal Pharma & Construction Sdn. Bhd. - (dahulunya dikenali sebagai Raya Bersama Sendirian Berhad).

 

Kebawah DYMM juga berkenan melawat ke beberapa tempat yang lain, antaranya ke Ladang Syarikat Perusahaan Haji Mohd. Salleh bin Haji Ludin dan Anak-Anak, bertempat di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Batumpu, yang mana syarikat berkenaan mengusahakan ladang sayur-sayuran seluas tujuh hektar, menggunakan sistem konvensional bagi tanaman sayur-sayuran jenis daun dan buah.

 

Seterusnya, Kebawah DYMM berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Mengatam Varieti Padi Hibrid Sembada188 di KKP Wasan, Mukim Pengkalan Batu dan kemudian meneruskan lawatan baginda ke Pusat Pemprosesan Padi (Ricemill), Wasan.

 

Dalam pada itu, Kebawah DYMM juga dijunjung untuk berangkat ke Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE), seterusnya berkenan mengadakan beberapa lawatan di Kampus Agro-Teknologi, Wasan dan meninjau tapak-tapak pembelajaran para penuntut IBTE di kampus berkenaan.

 

Sebelum mengakhiri lawatan, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja yang lain berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari di Dewan Serbaguna IBTE, Kampus Agro-Teknologi, Wasan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07