FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Mengatam Varieti Padi Hibrid Sembada188 '...Bersyukur Ke Hadrat Allah Subhanahu Wata'ala Kurniakan Hasil Padi Usaha Kerajaan, Rakyat'


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menadah tangan ketika Doa Sela

 


 February 13th, 2019  |  07:16 AM  |   341 views

MUKIM PENGKALAN BATU

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat dan menyempurnakan Majlis Mengatam Varieti Padi Hibrid Sembada188 di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Wasan, Mukim Pengkalan Batu.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Berangkat bersama ialah paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato

 

Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian,

 

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussien; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang

 

Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato

 

Seri Paduka Haji Abidin dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia

 

(Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Turut hadir, Timbalan-timbalan Menteri; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; para perwakilan asing ke negara ini; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Ketua Ladang, Awang Haji Sahlan bin Hidup; pegawai-pegawai kanan kerajaan serta peladang-peladang padi di KKP Wasan.

 

Sejurus keberangkatan tiba di ladang padi, KKP Wasan, Kebawah DYMM dijunjung untuk mendengar sembah taklimat mengenai perkembangan Penanaman Padi Sembada188 yang berkeluasan sekitar 186.7 hektar dan Skim Insentif Pertanian Agrimakanan yang disembahkan oleh Ketua Bahagian Padi dan Perlindungan Tanaman, Dayang Khairunnisa binti Haji Omar Ali.

 

Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan merupakan kemudahan yang diwujudkan untuk menggalakkan penduduk tempatan untuk bergiat dalam sektor pertanian.

 

Antara objektif skim berkenaan ialah sebagai Bantuan bagi mengurangkan kos pengeluaran pengusaha; Galakan kepada pengusaha tempatan untuk bergiat aktif dalam industri padi; Menyalurkan kemudahan asas dan keperluan-keperluan tanaman bagi mendukung penghasilan padi yang optima juga kompetitif; Mempercepatkan proses pemindahan teknologi pengeluaran ke arah meningkatkan produktiviti; Menyalurkan informasi berhubung jenis, kuantiti dan kombinasi 'input' yang bersesuaian bagi tanaman padi; dan Membantu menstabilkan harga komoditi padi di negara ini.

 

Terdapat dua kategori Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan yang ditawarkan, iaitu 1) Skim Keperluan Asas termasuk penyediaan jalan masuk utama, pembinaan sistem pengairan dan saliran juga pembekalan elektrik di kawasan-kawasan tertentu; dan 2) Insentif keperluan khusus bagi Industri Padi.

 

Seterusnya baginda berkenan mendengarkan sembah taklimat mengenai Projek Empangan Imang, Projek Penerokaan Air Bawah Tanah dan Projek Pembukaan Kawasan Kandol bagi penanaman padi secara komersial berkeluasan 500 hektar, Kawasan Kandol, Daerah Belait yang disembahkan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertanian, Awang Saidin bin Namit.

 

Skim Pengairan Imang merupakan Skim Pengairan yang bersumber dari Empangan Imang, melibatkan kawasan-kawasan KKP Wasan, Panchor Murai, Batong, Limau Manis, Bebuloh, Batang Perhentian, Junjungan, Batumpu dan Limpaki.

 

Pada masa ini, beberapa projek sedang dan akan dilaksanakan di bawah Rancangan Kemajuan Pertanian Ke-11, iaitu 1) Projek mendalami dan menaik taraf Empangan Imang bagi mengatasi masalah pengairan kawasan-kawasan tersebut; 2) Projek Pemasangan Paip ke Kawasan Penanaman Padi Limpaki; dan 3) Menaik taraf infrastruktur yang sedia ada di KKP Limau Manis, Bebuloh dan Empangan Imang.

 

Projek mendalami dan menaik taraf Empangan Imang melibatkan kerja-kerja mendalami Empangan Imang dan membersihkan dan membuang rumput rumpai yang menutupi kawasan-kawasan takungan Empangan Imang.

 

Projek yang dianggarkan lebih kurang BND3.9 juta dan dijangka mengambil masa selama 15 bulan itu akan menambah kapasiti Empangan Imang sebanyak 10 peratus atau kira-kira satu juta meter padu (m3) air untuk dibekalkan ke kawasan-kawasan pertanian.

 

Sementara mengenai Projek pemasangan paip ke kawasan Limpaki pula melibatkan pemasangan paip sepanjang 10km dari Empangan Imang ke Kawasan Penanaman Padi Limpaki, yang mana projek itu juga dibiayai di bawah Rancangan Kemajuan Pertanian Ke-11, yang mana projek dianggarkan lebih kurang BND1.8 juta dan dijangka siap dalam tempoh lapan bulan.

 

Manakala sembah taklimat mengenai projek penanaman padi secara komersial di KKP Panchor Murai seluas 110 hektar disembahkan oleh Pengurus Yaz & Wyn Enterprise, Awang Ezwyn bin Haji Bakar.

 

Perusahaan Yaz & Wyn adalah sebuah perusahaan bumiputera yang pada masa ini mengusahakan KKP Panchor Murai seluas 110 hektar dan diperuntukkan Kawasan Pertanian Panchor Murai melalui Request For Proposal yang dikeluarkan pada tahun 2017.

 

Perusahaan Yaz & Wyn menandatangani perjanjian penyewaan tapak bersama Jabatan Pertanian dan Agrimakanan bagi Pengeluaran Padi Secara Komersial pada 25 September 2018 lalu dan perusahaan berkenaan dijangka akan memulakan penanaman padi secara berperingkat-peringkat bermula Mac 2019.

 

Pada majlis tersebut, Kebawah DYMM juga berkenan menerima Pesambah yang disembahkan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.

 

Bagi memberkati majlis, acara didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Kebawah DYMM seterusnya berkenan mengurniakan Titah Perasmian, yang mana antara titah baginda, sesungguhnya hari ini adalah hari yang wajib untuk disyukuri kerana Allah Subhanahu Wata'ala telah mengurniakan kepada kita hasil padi yang diusahakan oleh kerajaan dan rakyat.

 

''Semoga ini adalah merupakan langkah awal yang akan diikuti lagi oleh langkah-langkah lebih agresif ke arah meningkatkan sara diri bekalan beras negara,'' titah baginda.

 

Sejurus itu, Kebawah DYMM dijunjung berangkat untuk bercemar duli bagi menyempurnakan Perasmian Majlis Mengatam Varieti Padi Hibrid Sembada188, di Ladang Koperasi Setia Kawan (KOSEKA), KKP Wasan menggunakan sebuah jentuai.

 

Berangkat menyertai baginda mengatam padi, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM.

 

Persembahan Tausyeh Syukur yang dipimpin oleh seramai 15 orang siswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) mengiringi Kebawah DYMM di sepanjang baginda mengatam Varieti Padi Hibrid Sembada188 tersebut.

 

Sejurus selesai, Kebawah DYMM berkenan bergambar ramai dan beramah mesra bersama Ahli-ahli KOSEKA dan pihak Pengurusan Yaz & Wyn Enterprise sebelum berangkat ke Pusat Pemprosesan Padi (Ricemill), Wasan.

 

Penanaman padi Sembada188 bermula pada Oktober 2018 dan mempunyai tempoh matang sekitar 110 hari.

 

Penanaman rintis padi Sembada188 yang lalu melibatkan sebanyak 21 pengusaha di kawasan seluas 38.2 hektar, iaitu di bawah KOSEKA dan peladang padi di bawah Projek Majlis Perundingan Mukim Pengkalan Batu di KKP Wasan.

 

Sepanjang pertumbuhan varieti padi Sembada188 pada musim lepas, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan menubuhkan Task Force bagi pemantauan penanaman padi Sembada188 dan membantu pengusaha yang baru menanam varieti berkenaan untuk mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi, khususnya dari segi penjagaan tanaman.

 

Task Force itu melibatkan pegawai dan kakitangan dari Unit Industri Padi; Unit Pengembangan Pertanian Daerah Brunei dan Muara (DBM); Unit Perlindungan Tanaman; Unit Sains Tanah dan Nutrien Tanaman; dan Unit Lepas Tuai.

 

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan juga turut menawarkan khidmat nasihat dan perkhidmatan penganalisaan percuma bagi membantu para peladang mengenal pasti masalah-masalah berhubung dengan pertumbuhan tanaman, serangan penyakit dan musuh tanaman juga masalah berhubung dengan faktor tanah.

 

Di samping itu, pihak jabatan secara berterusan berusaha untuk menyerapkan teknologi-teknologi terbaharu termasuk sistem perladangan yang lebih teratur, selamat dan mesra alam ke arah penghasilan yang tinggi dan optima.

 

Bagi menangani masalah pengairan di kawasan-kawasan yang belum mempunyai sistem pengairan yang lengkap, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan juga meneroka kemungkinan penggunaan air bawah tanah.

 

Setakat ini, terdapat lima kawasan telah selesai Fasa 1 (Kajian Penerokaan) projek, iaitu KKP Bebuloh, Junjungan dan Limau Manis di DBM; Lot Sengkuang di Daerah Belait dan Lekiun Perdayan di Daerah Temburong.

 

Keputusan daripada Fasa 1 menunjukkan bahawa hanya KKP Bebuloh, Lot Sengkuang dan Lekiun Perdayan sahaja mempunyai air yang mencukupi dan bersesuaian bagi aktiviti pertanian.

 

Sementara Fasa 2 dan 3 projek penerokaan air bawah tanah tersebut akan dijalankan bermula Mac 2019 di KKP Bebuloh dan Lot Sengkuang, yang mana akan dibiayai menggunakan Peruntukan Fokus sebanyak BND900,000.00.

 

Fasa 2 dan 3 bagi KKP Lekiun Perdayan pula akan dilaksanakan dalam tahun kewangan 2019 / 2020.

 

Di samping itu, terdapat tiga lagi kawasan yang akan diterokai dan dikaji kesesuaiannya bagi menggunakan air bawah tanah, iaitu di Kawasan Lubok Gusi dan Souk Ajong di Daerah Tutong dan Senukoh di Daerah Belait.

 

Kerja-kerja Fasa 1 akan bermula pada minggu ketiga bulan Februari 2019.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07