Home > Bahasa Melayu
Program Peningkatan Kesedaran Mengenai Halal 28 Februari Depan
February 14th, 2019 | 06:30 AM | 126 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah sukacita memaklumkan bahawa Program Peningkatan Kesedaran Mengenai Halal akan diadakan pada Khamis, 23 Jamadilakhir 1440H bersamaan 28 Februari 2019M pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mau'izzah, Pusat Da'wah lslamiah, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
Program dibukakan kepada semua lapisan masyarakat termasuk peringkat institusi pengajian tinggi, agensi-agensi kerajaan mahupun syarikat-syarikat swasta.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berkeinginan untuk menyertai program ini boleh membuat pendaftaran secara atas talian (online) melalui pautan 'httgs://goo.gl/HCfK7M'.
Para peserta akan diberi penerangan mengenai prinsip Halal dari sudut hukum dan aspek kebersihan, keselamatan makanan dan aspek kebersihan makanan dan keselamatan selain produk makanan.
Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Kawalan Makanan Halal melalui talian +673 2242570 atau e-mel '[email protected]' atau Facebook Bahagian Kawalan Makanan Halal, JHES, KHEU atau lnstagram @halal.bn dan laman sesawang 'www.kheu.gov.bn'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]