Home > Bahasa Melayu
Lebih 30 Pustakawan Hadiri Bengkel Media And Digital Literacy
PENCERAMAH daripada Pegawai Pendidikan Politeknik Brunei semasa menyampaikan subjek Media dan Digital Education dalam program LIS pada bengkel tersebut
February 14th, 2019 | 06:44 AM | 126 views
MUARA
Dalam era transformasi ke arah landasan digital, ledakan ICT telah menghasilkan maklumat dalam bentuk media dan digital yang menjadikannya satu cabaran kepada para pustakawan.
Sehubungan itu, Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam (BLA) dengan sokongan Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei (DBP) menganjurkan bengkel 'Media and Digital Literacy' selama dua hari bertempat di Perpustakaan DBP Cawangan Muara.
Bengkel yang bermula sejak kelmarin itu dibimbing oleh seramai tujuh orang fasilitator / penceramah dengan mengetengahkan beberapa topik yang berkaitan dengan media dan literasi digital.
Seramai lebih kurang 30 orang peserta terdiri dari pustakawan di pelbagai peringkat di jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah menghadiri bengkel berkenaan.
Bengkel antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan dalam kalangan warga perpustakaan ke arah transformasi perpustakaan, di samping mengangkat peranan perpustakaan selari dengan transformasi global.
Selain itu, ia juga bertujuan memperkasa para pustakawan dalam memacu perkhidmatan perpustakaan ke arah landskap digital, serta dapat memahami media dan litarasi digital demi menyokong budaya multimedia agar pengguna menjadi aktif sebagai 'media consumers and users'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]