FacebookInstagramTwitterContact

 

Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>           Korean Researchers Say That Mulberry Leaf Extract Manages Blood Sugar Levels           >>           Sushi Lovers, Rejoice: Wasabi Can Help Prevent Cancer           >>           You Can Now Hire Out Abandoned London Tube Stations For Your Next Party           >>           Chad Michael Murray Shares Daughter’s Reaction To Watching A Cinderella Story           >>           Chris Pine Reflects On Losing Out On The O.C. Role Due To His "Bad Acne"           >>           'Extreme' Geomagnetic Storm May Bless Us With More Aurora Displays Tonight And Tomorrow           >>           Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kongsi Pengalaman Memasak Sepanjang Minggu Gastronomi Brunei


 


 February 14th, 2019  |  06:47 AM  |   183 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Anugerah Minggu Gastronomi Brunei 2018 menyaksikan beberapa buah hotel berjaya terpilih memenangi anugerah berdasarkan beberapa Kategori yang dipertandingkan antaranya The Best Taste, The Most Innovative, The Most Creative dan The Best Wholesomeness.

 

Penyampaian anugerah tersebut berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan semasa Majlis Pelancaran Minggu Gastronomi Brunei 2019.

 

Eksekutif Sous Cef di Hotel Antarabangsa Rizqun, Cef Rezal bin Othman ketika ditemui pada majlis tersebut mengongsikan kegembiraannya kerana Hotel Antarabangsa Rizqun telah berjaya terpilih memenangi anugerah bagi 'The Best Taste' dan 'The Most Wholesomeness' bagi Minggu Gastronomi Brunei yang mereka sertai tahun lalu.

 

Pada mengongsikan masakan yang mereka sajikan tahun lalu, beliau menjelaskan mereka menghidangkan masakan menggunakan daun pisang, dan apa yang diketengahkan ialah masakan-masakan yang dibalut dengan daun pisang seperti ikan, ayam, nasi dan sebagainya.

 

"Kami cuba mempelbagaikan rasa di dalam masakan tersebut, iaitu yang lama (masakan) kami barukan dan juga dari segi persembahan makanan," ujarnya.

 

Sepanjang mengikuti Minggu Gastronomi tersebut tambahnya, beliau meraih banyak pengalaman dan melihat ianya sebagai satu peluang bagi chef-chef muda untuk mengembangkan lagi bakat-bakat mereka dan mencuba pelbagai masakan baharu.

 

"Kami mahu lakukan kelainan dalam masakan kami, jadi apabila orang luar melihat mereka akan dapat merasakan kelainan dalam masakan tersebut. Idea-idea masakan ini juga semuanya adalah dari chef-chef kami sendiri, dan kami memberi peluang terutamanya kepada chef-chef muda kami untuk berfikir jauh dan mencipta hidangan mereka sendiri," ujar beliau.

 

Bagi acara tahun ini tambahnya, Hotel Antarabangsa Rizqun akan menawarkan beberapa hidangan utama mereka yang berasaskan kunyit di mana mereka gabungkan masakan tempatan dan juga barat, yang boleh ditempah oleh pengunjung secara ala-carte semasa Minggu Gastronomi itu nanti.

 

Sementara itu, Anugerah 'The Most Innovative' dimenangi oleh The Brunei Hotel.

 

Ketua Cef Brunei Hotel, Cef Samuel Sak menjelaskan, antara hidangan yang mereka tampilkan tahun lalu ialah 'Bamboo Chicken' iaitu ayam yang dimasak di dalam buluh.

 

Melalui acara tersebut tambahnya, beliau dapat berjumpa dan berinteraksi bersama cef-cef lain di negara ini dan melihat jenis-jenis masakan yang berlainan dan seterusnya dapat dijadikan idea untuk meningkatkan lagi masakannya di masa akan datang.

 

Beliau yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam kerjaya tersebut seterusnya menjelaskan, tahun ini The Brunei Hotel menyediakan masakan  istimewa mereka seperti Laksa kunyit, Selungsung Bakar dengan Sos Kunyit serta kek dengan lapisan atas perisa kunyit.

 

Orang ramai yang ingin mencuba hidangan-hidangan ini bolehlah berkunjung ke The Brunei Hotel yang akan menyajikannya dalam bentuk ala-carte iaitu Sup, Hidangan Utama (Main Course) dan juga pencuci mulut (dessert).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59