FacebookInstagramTwitterContact

 

Sports Festival for Primary School Students           >>           Haj Management Briefing           >>           Haj Management and Services Briefing           >>           Munajat Night           >>           Motivational Camp Closing Ceremony           >>           Village Head Voting and Selection           >>           Cleaning Campaign Activity           >>           Nurses are the Backbone of Health Care System           >>           International Nurses Day           >>           Ancient Pieces Of Wood Prove Our Ancestors Were Smarter Than We Thought           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


14 Pelajar Program Pra-Vokasional Terima Sijil


SESI bergambar ramai bersama 14 pelajar Program Pra-Vokasional menerima sijil setelah menamatkan penempatan kerja dengan Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd.

 


 February 14th, 2019  |  06:55 AM  |   594 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 14 pelajar Program Pra-Vokasional menerima sijil setelah menamatkan penempatan kerja dengan Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd.

 

Seramai 10 pelajar terdiri dari Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Sekolah Menengah Lambak Kiri. Pelajar-pelajar ini telah mengikuti penempatan kerja selama dua hingga enam bulan berdasarkan permintaan sekolah di Syarikat Sabli Food Industries (B) Tapak Perindustrian Lambak Kanan.

 

Manakala empat pelajar dari Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam telah menjalani latihan penempatan kerja selama tiga bulan dari bulan Ogos hingga Oktober 2018 di sekolah membungkus rempah yang dibekalkan oleh Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd.

 

Hadir semasa majlis berkenaan adalah Pengurus Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd, Awang Haji Mohd. Nooh bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman, pengetua-pengetua, pegawai-pegawai dari Unit Akademik Jabatan Sekolah-Sekolah (JSS), guru-guru homeroom dan pelajar yang diraikan.

 

Pengetua-pengetua daripada lima buah sekolah menengah kerajaan masing-masing dalam ucapan mereka menghargai sokongan daripada Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd dalam menyokong Program Pra-Vokasional melalui peluang penempatan kerja bagi pelajar. Pelajar berkenaan telah menimba kemahiran, pengetahuan dan pengalaman bekerja yang sangat berharga. Mereka juga menghargai sokongan Unit Akademik JSS dalam membantu pihak sekolah menguruskan permohonan penempatan kerja dan menjalankan lawatan pemantauan bersama guru-guru di tempat kerja pelajar.

 

Pengetua Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Awang Omar Arif bin Abdullah Lasit menghargai inisiatif Unit Akademik JSS dalam memperkenalkan kolaborasi diantara sekolahnya dengan Syarikat Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd sejak 2017. Melalui kolaborasi berkenaan, pelajar berpeluang untuk mempelajari asas kemahiran kerja melalui pembungkusan rempah. Ia juga sebagai satu alternatif bagi pelajar beliau yang mempunyai masalah pengangkutan untuk pergi ke tempat bekerja atau tidak ada tempat penempatan kerja yang bersesuaian dan yang berdekatan dengan kediaman pelajar.  Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Dayang Sia Ai Chin menambah sejak sekolahnya juga berkolaborasi dengan Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd sejak 2015, para pelajar berpeluang mempelajari asas kemahiran kerja membungkus rempah di sekolah dan dapat mempraktikkan apa yang dipelajari semasa menjalani penempatan kerja di syarikat.

 

Pengurus Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd mewakili Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arsad selaku Pengerusi Kumpulan Syarikat-Syarikat Sabli dalam ucapannya memuji dan menyokong inisiatif yang diperkenalkan oleh Unit Akademik JSS dalam membantu pihak sekolah memberi peluang kepada pelajar Program Pra-Vokasional dan guru menimba kemahiran kerja melalui aktiviti pembungkusan rempah dengan kerjasama dengan Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd  di bawah Projek Pendedahan Kemahiran Kerja.

 

Projek berkenaan adalah merupakan satu platform bagi pelajar dan guru menimba kemahiran kerja melalui jalinan kerjasama di antara pihak sekolah dengan syarikat tempatan di Brunei. Di bawah projek berkenaan, syarikat tempatan bekerjasama dengan sebuah sekolah dan memberi peluang pelajar menimba kemahiran kerja contohnya melalui pembungkusan rempah Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd di sekolah atau pelajar dan guru mengikuti kursus pendek di syarikat berkenaan. Ini akan diikuti dengan penempatan kerja pelajar di Tahun 10 dan Tahun 11 dengan syarikat berkenaan untuk seterusnya menimba pengalaman dan kemahiran kerja yang lain.

 

Di kesempatan itu, Awang Haji Mohd. Nooh telah menyampaikan sijil penyertaan kepada 14 orang pelajar yang diraikan.

 

Bagi menghargai Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd, pengetua-pengetua daripada lima buah sekolah menengah kerajaan masing-masing menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada Pengurus Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59