Home > Bahasa Melayu
Mesyuarat Persediaan Tangani Musim Kemarau
February 14th, 2019 | 06:57 AM | 263 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mesyuarat persediaan bagi menangani musim kemarau diadakan hari ini di Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC).
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah NDMC, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin pengiran Haji Said.
Menurut taklimat yang disampaikan oleh pihak Jabatan Kajicuaca mengenai keadaan cuaca sepanjang musim kemarau, Negara Brunei Darussalam dijangka akan mengalami turunan hujan sedikit bawah normal pada bulan Februari dan Mac.
Mesyuarat secara khususnya mengenal pasti langkah persediaan dan siap siaga agensi-agensi berkenaan bagi menghadapi musim kemarau dan cuaca kering, termasuk kejadian kebakaran hutan dan rumput. Mesyuarat antara lainnya membincangkan persediaan logistik dan keanggotaan menempuh musim kemarau serta usaha-usaha dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai impak cuaca kering.
Turut hadir ialah para perwakilan dari pelbagai agensi terdiri dari Jabatan-jabatan Daerah, Radio Televisyen Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perkhidmatan Ambulan Kecemasan Perubatan (EMAS), Jabatan Perhutanan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kajicuaca, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pusat Nadi Borneo dan Brunei Shell Petroleum.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]