Home > Bahasa Melayu
Ramah Mesra PUJA Bersama Delegasi AAC, ACPECC
PRESIDEN Pertubuhan Ukur Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman menyampaikan tajuk "Developing Digital Culture, Mindset and Capacity in Construction Industry" pada m
February 14th, 2019 | 07:01 AM | 488 views
JERUDONG
Mesyuarat Meja Bulat Bersama (Joint Roundtable) bagi ASEAN Architect Council (AAC) dan ASEAN Chartered Professional Engineers Coordinating Committee (ACPECC) telah berlangsung di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel and Country Club, Jerudong.
Pada mesyuarat tersebut, pembentangan kertas kerja bertajuk "Developing Digital Culture, Mindset and Capacity in Construction Industry" disampaikan oleh Presiden Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek Brunei (PUJA Brunei), Yang Berhormat Dayang Ar. Siti Rozaimeriyanti binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.
Manakala jurutera-jurutera dan arkitek dari Kementerian Pembangunan pula membentangkan kertas kerja mengenai projek Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, pembangunan rumah-rumah dalam Projek Perintis di Kampong Ayer dan Projek Jambatan Brunei - Temburong.
Kementerian Pembangunan dan PUJA Brunei seterusnya bergabung dalam mengadakan lawatan khas bagi delegasi Joint Roundtable ACPECC dan AAC ke lokasi-lokasi persekitaran pembinaan yang utama seperti Tapak Projek Jambatan Brunei - Temburong dan Taman Mahkota Jubli Emas yang juga disertai oleh seramai 15 pelajar jurusan Kejuruteraan dari Universiti Teknologi Brunei.
Bagi mengakhiri lawatan teknikal tersebut, PUJA Brunei menganjurkan sesi ramah mesra bersama delegasi AAC, ACPECC dan Competent Authorities of the Framework for the Mutual Recognition of Surveying Qualifications bersama ahli-ahli profesionalnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]