Home > Bahasa Melayu
Majlis Ramah Mesra Peluang Bertukar Pengalaman
BERGAMBAR ramai bersama Menteri Pembangunan.
February 14th, 2019 | 07:05 AM | 133 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA Brunei) petang tadi menganjurkan sesi ramah mesra bersama delegasi ASEAN Architects (AAC) dan ASEAN Chartered Professional Engineers Coordinating Committee (ACPECC) dan Competent Authorities of the Framework Arrangement for the Mutual Recognition of Surveying Qualifications bersama ahli-ahli profesionalnya.
Hadir pada majlis yang diadakan di Restoran Makanan Laut The Horizons di ibu negara, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat.
Juga hadir sama Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman, selaku presiden PUJA dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Haji Zakaria.
Majlis ramah mesra antara lain bertujuan untuk memberikan peluang kepada ahli-ahlinya bertukar-tukar pengalaman dalam membuat rangkaian bagi pembangunan profesional, berkongsi tentang perkembangan perniagaan serta pengetahuan teknikal bersama dengan pakar-pakar Arkitek, Jurutera dan Juruukur Profesional dari ASEAN.
Majlis juga turut dihadiri kira-kira seramai 72 peserta anggota ASEAN terdiri dari Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Profesional ASEAN serta 100 orang ahli-ahli PUJA.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]