FacebookInstagramTwitterContact

 

Ancient Pieces Of Wood Prove Our Ancestors Were Smarter Than We Thought           >>           Mcdonald’s Teases Its Biggest Burger Ever — And It Could Outrival Burger King’s Whopper           >>           Every Time Kelly Osbourne Was Honest Af About Motherhood           >>           Sabrina Carpenter Celebrates 25th Birthday With Leonardo Dicaprio Meme Cake           >>           Canning, Drying And More: The Art Of Food Preservation Across Cultures           >>           Popular Dry Shampoo Brands RECALLED After Cancer-Causing Ingredient Discovered           >>           Foreign Office Investigates Hamas Claim British-Israeli Hostage Killed In Gaza           >>           Children killed as bomb falls near Sudan hospital – MSF           >>           The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won           >>           Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Gunakan Perkhidmatan Talian Harapan 145 Dengan Bertanggungjawab


SIDANG Media diadakan di Kementerian Kesihatan mengenai Talian Harapan 145

 


 February 14th, 2019  |  07:13 AM  |   543 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kesihatan amat mengambil serius mengenai kesihatan mental di negara ini dan akan berusaha secara berterusan dalam mengukuhkan dan memantapkan sistem penjagaan kesihatan mental untuk lebih inovatif, proaktif dan efektif, bukan hanya sekadar responsif terhadap keperluan semasa malahan sentiasa bersiap siaga dalam menangani cabaran-cabaran yang mendatang.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar semasa ucapan alu-aluan pada Sidang Media Perkhidmatan Rintis Talian Harapan 145 kelmarin.

 

Menurut Yang Berhormat, resolusi Perhimpunan Kesihatan Sedunia Kali Ke-66 pada bulan Mei 2013 seperti yang terkandung dalam Pelan Tindakan Komprehensif Kesihatan Mental 2013-2020 (Comprehensive Mental Health Action Plan 2013-2020) menyarankan negara-negara ahli untuk memastikan penyediaan perkhidmatan, dasar, perundangan, perancangan, strategi dan program untuk melindungi, mempromosi dan menghormati hak-hak golongan yang mengalami kecelaruan mental.

 

"Selaras dengan Perintah Kesihatan Mental 2014, Negara Brunei Darussalam, yang mana bertujuan antara lain untuk mewujudkan peruntukan bagi penjagaan, rawatan, pemulihan dan perlindungan orang-orang yang bercelaru mental," jelas Yang Berhormat.

 

Pelan Tindakan Kesihatan Mental bagi Kementerian Kesihatan jelas Yang Berhormat antara lain ialah untuk menyediakan strategi-strategi bagi penyampaian perkhidmatan dan penjagaan kesihatan mental yang mudah diperolehi oleh rakyat dan penduduk di negara ini.

 

"Oleh itu, saya amat bersukacita dengan pelaksanaan projek Perkhidmatan Talian Harapan 145 ini, yang mana merupakan salah salah satu strategi yang insyaaAllah akan dapat membantu dan memberikan sokongan kepada orang ramai khususnya di negara ini dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan mental dan emosi," ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat ingin mengucapakan terima kasih kepada penyelaras dan pasukan projek perlaksanaan Talian Harapan ini, yang mana telah membuat perancangan, penyediaan dan seterusnya pegimplementasian perkhidmatan Talian Harapan 145 mulai hari ini.

 

"Kementerian Kesihatan ingin menekankan kepada orang ramai akan kepentingan untuk bersama-sama dalam memberikan sokongan kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan mental dan melayan individu tersebut dengan hormat, lebih-lebih lagi yang berisiko untuk membunuh diri. Dari itu, semua 'stakeholders' termasuk masyarakat amnya hendaklah berperanan dan komited untuk bersama-sama bertanggungjawab dalam memperkesankan penjagaan hal ehwal kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan setiap individu di negara ini," jelas Yang Berhormat.

 

Kerjasama dari semua pihak yang berkepentingan ujar Yang Berhormat, haruslah dipertingkatkan dalam menangani dan memperbaiki kesihatan mental, di samping mengurangkan kejadian bunuh diri di Negara Brunei Darussalam.

 

"Menawarkan bantuan kepada ahli keluarga, kawan atau rakan sekerja; seperti mendengar akan kebimbangan mereka, bertanya apa yang boleh awda lakukan untuk membantu, atau menawarkan untuk menemani mereka berjumpa dengan doktor atau ahli psikologi, atau mendorong mereka menghubungi Talian Harapan 145; semuanya boleh membuat banyak perbezaan kepada individu-individu yang mempunyai tekanan," ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat berharap perkhidmatan Talian Harapan 145 ini akan dapat digunakan dengan bertanggungjawab dan secara baiknya oleh semua pengguna, dan tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak. Ini kerana Talian Harapan 145 adalah hak kita bersama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59