Home > Bahasa Melayu
Jumlah Perdagangan November 2018 Meningkat 18.1 Peratus
February 15th, 2019 | 08:01 AM | 149 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumlah perdagangan pada bulan November 2018 meningkat kepada BND1,307.7 juta berbanding BND1,107.6 juta pada bulan November 2017, iaitu peningkatan sebanyak 18.1 peratus tahun-ketahun.
Komoditi eksport utama negara iaitu Minyak Mentah dan Gas Cecair Asli (LNG), masing-masing meningkat sebanyak 6.7 peratus dan 25.4 peratus.
Walau bagaimanapun, penurunan eksport semula telah menyebabkan jumlah eksport pada bulan November 2018 menurun pada kadar 2.6 peratus tahun-ke-tahun kepada BND771.1 juta.
Jumlah import mencatatkan peningkatan sebanyak 69.8 peratus tahun-ke-tahun kepada BND536.6 juta (November 2018) daripada BND316.1 juta (November 2017). Lima komoditi import utama adalah Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan (41.7 peratus) diikuti oleh Barang-Barang Keluaran Kilang (23.8 peratus), Pelbagai Barang Keluaran Kilang (10.3 peratus), Makanan (9.3 peratus), Bahan-Bahan Kimia (6.9 peratus).
Mengikut Kategori Penggunaan Akhir, import Barang Perantaraan merangkumi 56.7 peratus dari jumlah import. Ini diikuti oleh import Barang Modal (36.3 peratus) dan Barang Penggunaan (7.0 peratus).
Pada bulan November 2018, pasaran eksport utama terbesar adalah Jepun, iaitu sebanyak 33.2 peratus diikuti oleh Thailand (14.2 peratus) dan Singapura (12.1 peratus).
Dari segi import mengikut rakan dagangan, sumbangan terbesar adalah dari Republik Rakyat China sebanyak 42.2 peratus diikuti oleh Singapura (12.7 peratus) dan Malaysia (11.9 peratus).
Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (International Merchandise Trade Statistics, IMTS) bagi Negara Brunei Darussalam menggunakan General System bagi merekodkan perangkaan perdagangan yang meliputi import, eksport domestik dan eksport semula. Laporan penuh IMTS bagi bulan November 2018 boleh didapati melalui laman sesawang JPKE di 'www.depd.gov.bn'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]