FacebookInstagramTwitterContact

 

6 Mental Illnesses That Could See Improvements From Taking Inositol           >>           11 Must-Have “Forever Foods” For Your Ultimate Pantry Prep           >>           Prepping inventory: Which items are the right ones to overstock?           >>           Dovbyk Hat Trick Helps Girona End Season With 7-0 Win           >>           Bayern Leverkusen Now Have More 'Hunger' For DFB Pokal Final           >>           Real Madrid Pip Man United To Be Named Most Valuable Club           >>           Newcastle Thrashed 8-0 During Post-Season Tour Of Australia           >>           Arsenal Edge A-League Women In Friendly Match           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bekas Pegawai Polis Didapati Bersalah Atas Tuduhan Menerima Rasuah


 


 February 15th, 2019  |  08:05 AM  |   398 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan telah menjatuhkan hukuman terhadap seorang bekas Pegawai Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, iaitu Superintendent Khairur Rijal bin Haji Abu Salim setelah didapati bersalah di atas satu pertuduhan menerima rasuah di bawah Bab 6(a) Akta Pencegahan Rasuah Penggal 131, dan satu kesalahan di bawah Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22).

 

 Hasil siasatan Biro Mencegah Rasuah  mendapati bahawa tertuduh pada sekitar tahun 2012, telah dengan secara tidak jujur menerima suapan berbentuk sebuah kereta Toyota Hilux berwarna putih berdaftar BAH 6986 daripada seorang warga Malaysia, Liew Say Koo, Pengurus Pengarah Syarikat Say Koo (Liew) Sdn. Bhd. dan Syarikat L&E Contractor. Tertuduh menerima kereta tersebut sebagai dorongan atau ganjaran bagi membantu Liew Say Koo masuk dan keluar dari Negara Brunei Darussalam berulang kali di antara tahun 2011 dan 2013. Liew Say Koo sebelum ini pernah diarahkan keluar dari Negara Brunei Darussalam dan merupakan orang yang ditegah masuk ke Negara Brunei Darussalam di bawah Akta Imigresen pada 17 November 2007. Bantuan yang diberikan oleh tertuduh adalah dengan cara membuat permohonan bagi pihak Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei atau Pengarah Jabatan Siasatan kepada Pengarah Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dengan menyatakan di dalam permohonan tersebut bahawa Liew Say Koo adalah dikehendaki bagi membantu siasatan polis.

 

 Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan Mahkamah bahawa penahanan Haji Khairur Rijal bin Haji Abu Salim telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Penggal 133) semenjak 3 April 2015.

 

Ketua Majistret, Mohammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Dato Seri Pahlawan Haji Kefli menekankan bahawa hukuman ke atas Haji Khairur Rijal bin Haji Abu Salim kerana telah memberi bantuan kepada Liew Say Koo untuk masuk dan keluar dari Negara Brunei Darussalam berulang kali di antara tahun 2011 dan 2013 yang mana ianya menyalahi dasar Jabatan Imigresen. Ketua Majistret, Mohammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Dato Seri Pahlawan Haji Kefli menyatakan perbuatan ini dan jawatannya sebagai Pegawai Kanan Pasukan Polis Diraja Brunei merupakan faktor dalam menjatuhkan hukuman. Ketua Majistret, Mohammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Dato Seri Pahlawan Haji Kefli telah menjatuhkan hukuman selama 30 bulan penjara di bawah kesalahan Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) dan 12 bulan penjara di bawah kesalahan Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) secara serentak bermula pada hari ini. Mahkamah juga telah mengenakan hukuman tambahan, iaitu denda sebanyak BND12,000.00 (Dua Belas Ribu Ringgit Brunei) dan jika gagal membayar akan ditambah tiga bulan penjara bagi nilai suapan di bawah Bab 17 Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) kerana telah menggunakan kereta Hilux tersebut secara berselang-seli semenjak Jun 2014.

 

Pendakwaan bagi kes ini telah diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Samsuddin bin Kamaluddin dan Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Nor'Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin. Tertuduh tidak diwakili oleh Peguam Bela.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

An Indian Tale Of Love And Sisterhood Unfolds At Cannes

 2024-05-25 10:13:36

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06