FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Martabatkan Penggunaan Bahasa Arab


DUTA Besar Istimewa dan mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz bin Saad Al Muhanna hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

 


 February 15th, 2019  |  08:47 AM  |   914 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sambutan Hari Bahasa Arab dihasrat dapat meningkatkan lagi minat masyarakat termasuk para pelajar dan para guru tempatan terhadap kepentingan bahasa Arab kerana ia bukan sahaja bahasa ilmu, bahkan juga bahasa tamadun.

 

 Dianjurkan bersama oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar (Brunei), Ihtifal al-Lughah al-Arabiyyah sempena Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2018 telah diadakan bertujuan bagi meneruskan lagi pembarigaan kepentingan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran, bahasa ibadat, bahasa ilmu dan bahasa tamadun kepada masyarakat.

 

 Ia juga diharap dapat memberi peluang kepada para pelajar dan orang ramai untuk berinteraksi dalam bahasa Arab sesama sendiri dan sesama tenaga pengajar di KUPU SB dan UNISSA agar kecenderungan mereka di dalam bahasa Arab khususnya dalam kemahiran bertutur dapat dipertingkatkan, di samping merealisasikan gagasan Negara Zikir dengan memartabatkan penggunaan bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam.

 

Sehubungan itu, Majlis Penutup Ihtifal al-Lughah al-Arabiyyah berlangsung hari ini di Dewan Jubilee, UNISSA, di sini.

 

 Hadir selaku tetamu kehormat ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz bin Saad Al Muhanna yang seterusnya menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada para peserta dan hadiah kepada para pemenang sepanjang aktiviti dijalankan.

 

 Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia disambut pada setiap 18 Disember.

 

 Ihtifal al-Lughah al-Arabiyyah kali ini yang bertemakan 'Lughatuz Zikri fi Daulatiz Zikr' (Bahasa Zikir di Negara Zikir)  diisikan dengan pelbagai aktiviti bahasa di antaranya : Pameran Kreativiti Bahasa Arab, Pementasan Drama, Forum, Bengkel, Pertandingan Khat Jawi, Penulisan Maqalah, Mari Bercerita, Lakonan, Khitabah, Qira'ah, Tausyeh, Imla' dan Mufradat.

 

 Sambutannya kali ini turut diraikan oleh pelajar-pelajar luar dari Institut Tahfiz Al-Quran, sekolah-sekolah Arab dan sekolah-sekolah Ugama di Negara Brunei Darussalam selain beberapa sekolah pilihan di bawah Kementerian Pendidikan dan orang ramai yang dijemput bagi meraikan ihtifal ini.

 

 Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof selaku Ra'es Jawatankuasa Eksekutif Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei; Raes KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Timbalan Rektor dan Timbalan Ra'es, Penolong Rektor, Jawatankuasa Eksekutif Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei, Pegawai dan Pensyarah KUPU SB dan UNISSA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48