FacebookInstagramTwitterContact

 

Marco Reus Buys Beer For All Dortmund Fans At Farewell Game           >>           Slisz's 1st Career Goal Gives Atlanta Draw With Nashville           >>           Atalanta Seal UCL Place, Seek To End Leverkusen Run In UEL Final           >>           Chelsea Crowned WSL Champions After Crushing Man United           >>           Emma Hayes Ends Chelsea Reign With 5th Successive WSL Title           >>           How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Daerah Belait Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Dengan Pengagihan Bendera Kecil


HADIR selaku tetamu kehormat,Setiausaha Tetap (Undang-Undang dan Kesejahteraan), Jabatan Perdana Menteri. Haji Mohamad Rosli bin Haji Ibrahim.

 


 February 15th, 2019  |  08:55 AM  |   151 views

KUALA BELAIT

 

Program Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera dihasrat untuk memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2019 dan memupuk perasaan bangga kerana mempunyai negara yang merdeka, aman juga damai di bawah taufik dan inayah Allah juga menjadi Baldatun Tayibatun Warabbun Ghafur.

 

 Sehubungan itu, majlis pengagihan bendera kecil berlangsung secara serentak di keempat-empat daerah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke 35, tahun ini.

 

Bagi Daerah Belat ia berlangsung di Sekolah Menengah Chung Hua, dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Undang-Undang dan Kesejahteraan), Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Mohammed Rosli bin Haji Ibrahim

 

 Acara disertai oleh seramai 200 penuntut gabungan daripada lima buah sekolah di daerah itu, iaitu Sekolah Chung Hua; Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin; Sekolah Rendah Kuala Belait; Sekolah St. John; dan Sekolah St. James, Kuala Belait.

 

 Majlis diserikan dengan persembahan koir daripada Kumpulan PERMATA 2.0, pemenang peraduan koir Lagu-lagu Patriotik di antara Mukim-mukim anjuran Jabatan Penerangan.

 

 Majlis diteruskan dengan tayangan video program semarak pengibaran bendera dalam usaha untuk menyemai semangat kecintaan dan patriotisme dalam jati diri belia.

 

Hadir sama, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang; Yang Berhormat Awang Hanafi bin Mohd. Siput, Ketua Kampung Labi I; Pemangku Pegawai Daerah Belait, Pemangku Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, KKBS; Ketua Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan, pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai-pegawai KKBS.

 

 Majlis Pengagihan Bendera Kecil dan Program Semarak Pengibaran Bendera yang sama juga diadakan di Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan bagi Daerah Brunei dan Muara; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah, Kampung Kupang bagi Daerah Tutong; dan Sekolah Rendah Batu Apoi di Daerah Temburong.

 

Majlis berkenaan dikelolakan bersama oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Penerangan dan Pejabat Daerah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48