FacebookInstagramTwitterContact

 

Marco Reus Buys Beer For All Dortmund Fans At Farewell Game           >>           Slisz's 1st Career Goal Gives Atlanta Draw With Nashville           >>           Atalanta Seal UCL Place, Seek To End Leverkusen Run In UEL Final           >>           Chelsea Crowned WSL Champions After Crushing Man United           >>           Emma Hayes Ends Chelsea Reign With 5th Successive WSL Title           >>           How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menyempurnakan penganugerahan hadiah Musabaqah Membaca Al-Quran Dewasa Kebangsaan


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah

 


 February 15th, 2019  |  09:07 AM  |   342 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi.

 

 Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1440 Hijrah, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar selaku Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1440 Hijrah juga Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain.

 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik.

 

 Majlis dimulakan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Qari dan Hakim Jemputan dari Republik Indonesia, Haji Dasrizal M.Nainin yang juga merupakan Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia, Tahun 2013.

 

 Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dalam sembah alu-aluannya antara lain menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah DYMM berserta kerabat diraja yang lain.

 

 Pada majlis tersebut, Kebawah DYMM berkenan mengurniakan titah dan kemudian dijunjung menyempurnakan penganugerahan hadiah-hadiah cenderamata kepada Johan Qari dan Johan Qariah juga para peserta, hakim-hakim dan qari jemputan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1440H / 2019M.

 

 Dengan mengutip markah 91.01 peratus, johan qari dimenangi oleh Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim. Johan membawa pulang pakej menunaikan fardu haji, yang mana ia adalah khusus bagi peserta yang pertama kali menjadi johan; wang tunai BND7,000; piala pusingan; hadiah iringan; sijil; kepingan emas seberat 40 gram (g) bernilai BND2,740 sumbangan daripada Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd. dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd. dan sebidang sinjang tenunan Brunei daripada Syarikat Little Umi.

 

 Sementara itu, johan qariah diraih oleh Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran dengan mengutip 89.42 peratus markah. Johan qariah memenangi wang tunai berjumlah BND 7,000; piala pusingan; hadiah iringan; sijil; kepingan emas seberat 40g bernilai BND2,740 sumbangan daripada Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya; Insurans Islam TAIB Holdings Sdn.Bhd. dan Darussalam Holding Sdn. Bhd. dan kain selindang tenunan Brunei daripada Syarikat Little Ummi.

 

 Manakala, naib johan qari dimenangi oleh Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili dengan meraih 90.58 peratus markah, manakala tempat ketiga disandang oleh Haji Awang Muhd. Fikri bin Haji Awang Metussin dengan 90.17 peratus markah.

 

 Naib johan qariah pula dimenangi oleh Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri yang mendapat 89.09 peratus, sementara tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Hajah Nurul Akmalia binti Haji Yahya dengan mendapat 84.42 peratus.

 

 Naib johan qari dan qariah masing-masing membawa pulang wang tunai BND5,000; hadiah iringan; sijil dan tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, Malaysia daripada Kontinental Tour and Travel, sementara tempat ketiga qari dan qariah pula membawa pulang wang tunai BND3,000; tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, Malaysia berserta hadiah iringan dan sijil.

 

Hadiah penghargaan bagi qari dan qariah pula membawa pulang wang tunai BND1,500 berserta hadiah iringan dan sijil penyertaan.

 

 Pengumuman keputusan musabaqah berkenaan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh.

 

 Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan Al-Quran daripada johan qari dan qariah.

 

 Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

 'Memperkasa Pembelajaran Al-Quran' merupakan tema musabaqah bagi tahun ini, yang antara lain bermaksud Al-Quran adalah kunci ilmu kerana isi kandungannya adalah bimbingan dan pengajaran yang lengkap untuk sekalian manusia, di samping asas tarbiah yang menyuluh dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan.

 

 Selain itu, Al-Quran juga merupakan kepala zikir yang menenangkan hati dan petunjuk yang lurus kerana kandungannya yang lengkap sebagai rujukan yang tidak akan pernah menyesatkan.

 

Sebelum berangkat balik, Kebawah DYMM berkenan beramah mesra dan menerima junjung ziarah daripada hakim-hakim dan qari jemputan, Johan Qari dan Johan Qariah juga para peserta Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1440H / 2019M.

 

 Setentunya dengan keberangkatan Kebawah DYMM ke majlis musabaqah tersebut akan terus menyuntik semangat kerja ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan agama, yang mana ia adalah sentiasa mendapat perhatian berat daripada baginda.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48