FacebookInstagramTwitterContact

 

The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>           Battles In East Rafah As Israel Reopens Key Kerem Shalom Aid Crossing           >>           Ukraine Hit By 'Massive' Attack On Energy Grid           >>           Dozens Rescued As Tornado Collapses Michigan Fedex Depot           >>           Anger In Nigeria Over Levy On Money Transfers           >>           Assad Vala To Lead PNG In T20 World Cup, Charles Amini To Be Vice-Captain           >>           Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win           >>           Malaysian Football On Guard After Spate Of Player Attacks           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Kebudayaan Erat Hubungan Dua Hala Nbd - Kesultanan Oman


 


 March 1st, 2019  |  08:44 AM  |   240 views

JERUDONG

 

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Malam Kebudayaan Oman yang berlangsung di lndera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club, di sini.

 

Keberangkatan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri  Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari.

 

 Tuan Yang Terutama dalam sembah ucapan alu-aluannya antara lain berkata pencapaian utama yang terjalin sekian lama dalam persahabatan yang mesra dan hubungan dua hala yang sangat baik antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Kesultanan Oman dalam bidang budaya menjadi kebanggaan kedua-dua buah negara tersebut.

 

Sembah TYT lagi, kedua-dua buah negara juga sering mengambil bahagian di pelbagai aktiviti kebudayaan dan intelektual yang dianjurkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sama ada di Brunei atau Oman seperti Muscat Festival, Festival Pelancongan Salah, dan Muscat Book Fair, yang mana turut disertai oleh NBD.

 

 Menyentuh mengenai Pesta Buku Brunei tahun ini, TYT menyembahkan bahawa penyertaan Kesultanan Oman sebagai 'Country of Honour' adalah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara NBD dan Kesultanan Omar dan meningkatkan hubungan orang ramai, yang merupakan sebahagian daripada diplomasi awam yang melengkapi diplomasi tradisional dan formal.

 

 YTM kemudian berkenan menerima pesambah yang disampaikan oleh Under Secretary of the Ministry of Information, Kesultanan Oman, Tuan Yang Terutama Ali bin Khalfan Al-Jabri.

 

Malam Kebudayaan Oman diserikan lagi dengan pelbagai persembahan kebudayaan gabungan Omani Music Band dan Senandong Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Turut diadakan ialah pelancaran dokumentari filem dalam hubungan dua hala antara NBD dan Kesultanan Oman yang bertajuk "Brunei as viewed by an Omani Lens" dan filem-filem dokumentari yang disediakan oleh Oman T.V.

 

 Melalui kegiatan kebudayaan dua hala antara NBD dan Kesultanan Oman, ia dapat membantu memantapkan kepelbagaian budaya yang berbeza, di samping dapat membantu mempelajari sedikit sebanyak mengenai keduanya dengan bergerak secara progresif ke arah pemulihan budaya.

 

 Juga hadir ke acara tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by BruDirect.com

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10