FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Brunei DPMM FC tumpaskan Geylang International FC


DYTM DPMM dijunjung oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan sejurus keberangkatan tiba

 


 March 10th, 2019  |  10:06 AM  |   415 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pasukan Brunei DPMM FC berjaya menumpaskan pasukan Geylang International FC dengan keputusan penuh 3-0 dalam Perlawanan Liga Perdana Singapura yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 

Berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

 

Juga berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Pada perlawanan tersebut, pembukaan gol tuan rumah menyaksikan pasukan Brunei DPMM FC mula membuka jaringan pada minit ke-22 melalui hantaran lintang daripada Shahrazen Said dan disempurnakan dengan tandukan Blake Ricciuto.

 

Seterusnya, pada beberapa minit perlawanan di separuh masa pertama, pasukan lawan yang sudah merasa tergugat itu terus  mengatur strategi perlawanan mereka bagi percubaan untuk menyamakan gol namun gagal berbuat demikian dan terpaksa akur dengan pertahanan kukuh pasukan Brunei DPMM FC.

 

Sejurus memasuki perlawanan separuh masa kedua, pasukan Geylang International FC bijak mengatur beberapa serangan balas terhadap pasukan Brunei DPMM FC namun masih tetap gagal menjaringkan sebarang gol.

 

Sehingga pada minit ke-89 perlawanan, pasukan Brunei DPMM FC diberikan sepakan penalti berikutan pemain pasukan Geylang International FC telah mengasari pemain pasukan Brunei DPMM FC, Razimee Ramlli di dalam petak penalti.

 

Sejurus itu, pada minit ke-90 pasukan Brunei DPMM FC berjaya menambah gol kedua mereka menerusi sepakan penalti yang disudahi oleh Andrei Varankou.

 

Selang beberapa minit pada masa kecederaan, gawang pasukan Geylang International FC sekali lagi digegarkan dengan gol ketiga pasukan Brunei DPMM FC yang dijaringkan oleh Razimee Ramlli.

 

Hasil dari perlawanan tersebut, pasukan Brunei DPMM FC kini menduduki tangga kedua liga dengan kutipan enam mata.

 

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan pasukan Brunei DPMM FC menentang pasukan Albirex Niigata FC pada Jumaat, 15 Mac ini di Stadium Jurong East, Singapura.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06