FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Aplikasi iPad Kapal Karam Brunei Dilancarkan


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (kanan) ketika melancarkan Aplikasi iPad dan Pek Pendidikan Kapal Karam Brunei (The Brunei Shipwreck). | FOTO: Mohamad Azmi Awang Damit

 


 March 30th, 2016  |  10:02 AM  |   4858 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 29 Mac. - Muzium Maritim Brunei Darussalam menempa satu lagi sejarah dengan pelancaran Aplikasi iPad dan Pek Pendidikan Kapal Karam Brunei (The Brunei Shipwreck).

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pelancaran ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

29032016 AZMI SHIPWREAK 5

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof hadir selaku tetamu kehormat dalam Majlis Pelancaran Aplikasi iPad dan Pek Pendidikan Kapal Karam Brunei (The Brunei Shipwreck).

 

Pengurus Am Total E & P Deep Offshore Borneo B.V, Tuan Yves Grosjean, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Majlis Pelancaran Aplikasi iPad dan Pek Pendidikan Kapal Karam Brunei dalam ucapan alu-aluannya menekankan bahawa pilihan untuk menggunakan aplikasi elektronik iPad bagi pembarigaan pendidikan kapal karam Brunei adalah bertepatan dengan arus zaman teknologi moden dan minat para belia khususnya pelajar-pelajar.

 

Tambahnya, aplikasi berkenaan diharap akan dapat membantu meningkatkan minat para pelajar untuk menerokai bidang maritim yang sememangnya sesuatu bidang baharu di Negara Brunei Darussalam dan seterusnya juga akan meningkatkan lagi jumlah tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong serta rakyat di negara ini.

 

29032016 AZMI SHIPWREAK 11

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyaksikan secara lebih dekat aplikasi iPad Kapal Karam Brunei (The Brunei Shipwreck).

 

Pek Pendidikan Kapal Karam Brunei sebelumnya telah diterbitkan pada tahun 2000 dan hari ini edisi baharu dilancarkan dalam bentuk cetak dan aplikasi elektronik termasuk Buku Panduan Pengajaran Bagi Guru (Teacher Resource Manual).

 

Aplikasi iPad dan Pek Pendidikan Kapal Karam Brunei ini merupakan sebahagian daripada projek tanggungjawab sosial korporat bagi Total E&P Deep Offshore Borneo B.V. bersama rakan kongsi CA1 Petronas Carigali Brunei Ltd dan Murphy Oil Corporation serta disokong oleh Syarikat Brunei National Petroleum Sdn. Bhd.

 

29032016 AZMI SHIPWREAK 13

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyaksikan gambar-gambar proses kerja pemuliharaan artifak-artifak yang ditemui dalam kapal karam.

 

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi berkenaan bolehlah memuat turun secara percuma melalui Apple Appstore dan Google Playstore.

 

Di samping itu, orang ramai juga boleh berkunjung ke Galeri Kapal Karam yang terletak di Muzium Maritim Brunei Darussalam bagi menyaksikan secara lebih dekat artifak-artifak yang telah ditemui dan seterusnya menggunakan kiosk iPad yang telah disediakan.

 

29032016 AZMI SHIPWREAK 1

PEK Pendidikan Kapal Karam Brunei (The Brunei Shipwreck) yang dilancarkan bagi guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah.

29032016 AZMI SHIPWREAK 3

ANTARA artifak yang dipamerkan di Galeri Kapal Karam.

 

Juga hadir pada majlis pelancaran ini, Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan di bawahnya dan jemputan-jemputan khas.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Mohamad Azmi Awang Damit

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33