FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Misi Tawan Liga Perdana Singapura


 


 April 18th, 2019  |  10:07 AM  |   344 views

JERUDONG

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Kelab Bola Sepak DPMM FC berkenan berangkat menyertai sesi bergambar ramai bersama pasukan Brunei DPMM FC bagi Musim 2019 di Mini Stadium, Jerudong petang tadi.

 

Selesai sesi bergambar ramai, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada para pemain dan pegawai pasukan Brunei DPMM FC dan seterusnya berkenan menyaksikan sesi latihan.

 

Menurut Pengurus Pasukan, Awang Ali bin Haji Momin dalam temu bual bersama Pelita Brunei menjelaskan pasukan Brunei DPMM FC telah memulakan cabarannya dalam Liga Perdana Singapura musim ini apabila bermain dalam lima perlawanan yang telah pun bermula pada 3 Mac lalu.

 

Pada perlawanan tersebut jelasnya pasukan Brunei DPMM FC berjaya memenangi empat perlawanan menentang pasukan Home United FC, pasukan Geylang International FC, pasukan Tampines Rovers FC, dan pasukan Balestier Khalsa FC serta seri pada satu perlawanan menentang pasukan Albirex Niigata FC di Jurong East Stadium, Singapura pada 15 Mac yang lalu.

 

Pasukan Brunei DPMM FC akan meneruskan lagi cabarannya apabila bertemu dengan pasukan Warriors FC pada 20 April ini nanti bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dan akan menentang dua lagi pasukan lawan, pasukan Young Lions pada 24 April dan pasukan Hougang United FC pada 28 April nanti juga di tempat sendiri.

 

Pada musim kali ini, pasukan Brunei DPMM FC dipimpin di bawah jurulatih baharu, Adrian Pennock, di samping turut mendatangkan tiga pemain import baharu Charlie Clough (pertahanan) dari England, Andrei Varankou (penyerang) dari Belarus dan Blake Ricciuto (pemain tengah) dari Australia.

 

Setakat ini, pasukan Brunei DPMM FC berada di puncak Liga Perdana Singapura 2019 dengan mengutip 13 mata hasil daripada lima perlawanan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48