FacebookInstagramTwitterContact

 

6 Mental Illnesses That Could See Improvements From Taking Inositol           >>           11 Must-Have “Forever Foods” For Your Ultimate Pantry Prep           >>           Prepping inventory: Which items are the right ones to overstock?           >>           Dovbyk Hat Trick Helps Girona End Season With 7-0 Win           >>           Bayern Leverkusen Now Have More 'Hunger' For DFB Pokal Final           >>           Real Madrid Pip Man United To Be Named Most Valuable Club           >>           Newcastle Thrashed 8-0 During Post-Season Tour Of Australia           >>           Arsenal Edge A-League Women In Friendly Match           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Brunei DPMM FC Tundukkan Warriors FC


 


 April 21st, 2019  |  12:34 PM  |   314 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Liga Perdana Singapura akan menjadi satu medan kecemerlangan bagi musim ini apabila pasukan Brunei DPMM FC mengukuhkan kedudukannya di puncak liga apabila mencatat kemenangan 4 -2 selepas menewaskan Warriors FC.

 

Setentunya negara mengharapkan Brunei DPMM FC akan mengembalikan detik bersejarah itu sekali lagi dan akan mampu mengekalkan momentum setakat ini dengan mempamerkan semangat juang yang tinggi setelah merangkul takhta liga pada tahun 2015 lalu.

 

Setelah berjaya melebur harapan Balestier Khalsa pada perlawanan seminggu yang lalu, tuah kemenangan terus menyebelahi Brunei DPMM FC malam ini dan tidak memberi ruang sedikit pun kepada Warriors FC.

 

Meskipun hujan membasahi medan pertempuran bola di Stadium Negara Hassanal Bolkiah yang memaksa perlawanan diberhentikan lebih kurang 45 minit, namun semangat juang tidak pernah kendur untuk terus memberikan mutu persembahan yang terbaik, begitu juga para penonton tidak berganjak untuk memberikan sokongan padu buat skuad bola sepak negara.

 

Berangkat menyaksikan perlawanan di sini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.

 

Juga berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah serta paduka-paduka anakanda DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

 

Padang belum pun 'panas', Brunei DPMM FC terus menimbulkan kepanikan pasukan pelawat dengan menyumbat gol pertama pada awal minit permulaan menerusi sepakan berbisa Azwan Ali Rahman.

 

Warriors FC terpaksa akur apabila anak didik Razif Onn menjatuhkan pemain jersi 20, Blake Ricciuto, sekali gus membuka laluan Brunei DPMM FC untuk menghadiahkan satu gol penalti melalui sepakan Andrei Varankou dalam baki tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama.

 

Setelah ketinggalan 0 - 2 kepada tuan rumah, Warriors FC cuba mengatur strategi untuk merapatkan jurang akhirnya berjaya menjadikan kedudukan terikat 2 - 2 menerusi jaringan Gabriel Quak pada minit ke-52 diikuti ketua pasukan pelawat itu, Sahil Suhaimi pada minit ke-68.

 

Bermain di hadapan penyokong sendiri, Brunei DPMM FC terus mengatur langkah dan strategi untuk sentiasa maju ke hadapan dan membuktikan kemenangan dalam genggaman apabila Blake Ricciuto terus gah menambah gol ketiga pada minit ke-81.

 

Stadium terus gamat bersorak meraikan kemenangan apabila Andrei Varankou berjaya membolos gawang pertahanan Warriors FC bagi gol keempat sehingga wisel penamat dibunyikan yang berkesudahan 4 - 2.

 

Dengan kemenangan ini, Brunei DPMM FC kekal berada di puncak Liga Perdana Singapura dengan mengutip 16 mata, diikuti Hougang United dengan 12 mata dan di tempat ketiga, Tampines Rovers mengutip 10 mata.

 

Brunei DPMM FC akan meneruskan misi perlawanan dengan bertemu pasukan Young Lions pada 24 April ini nanti.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by BruDirect

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

An Indian Tale Of Love And Sisterhood Unfolds At Cannes

 2024-05-25 10:13:36

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06