Home > Bahasa Melayu
Kenali Istanbul Melalui Pameran Foto
June 18th, 2019 | 09:44 AM | 716 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kedutaan Republik Turki akan menjadi tuan rumah Pameran Foto-foto Istanbul yang menunjukkan beberapa mercu tanda dan aspek seni bina, manusia juga budaya bandar berkenaan
Foto-foto tersebut diambil oleh penulis jalanan dan gaya hidup, Sravasti Ghosh Dastidar; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, TYT Mehmet Suat Akgun.
Pembukaan pameran akan berlangsung pada 22 Jun 2019 dan tetamu kehormat pada majlis itu nanti, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib dan Datin Hajah Edah binti Haji Mohd. Noor.
Dengan berlangsungnya majlis pembukaan itu nanti, pameran akan dibuka bagi kunjungan ramai pada 24 hingga 27 Jun 2019 di Kedutaan Republik Turki, No. 27, Simpang 52, Kampung Manggis Satu, dari Isnin hingga Khamis, di antara jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari; dan 2.30 petang hingga 4.00 petang.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]