FacebookInstagramTwitterContact

 

Original Opera Marco Polo Rehearsed And Revived In Guangdong           >>           'Extreme' Solar Storms Cook Up Sweet Mother's Day Auroras For Moms Everywhere           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           Most App Store Developers Aren’t Taking Apple Up On Its New Outside Payments Option           >>           Pre-Orders For Ghost Of Tsushima On PC Are Being Canceled In Countries Without PSN Access           >>           Toulouse Spoil PSG Title Party, Mbappé Sendoff With Surprise Win           >>           Leverkusen Crush Bochum To Stretch Unbeaten Run To 50 Games           >>           Trossard's goal proved enough to earn Arsenal all three points.           >>           Man United Earn First Women's FA Cup With Dominant Spurs Win           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Haiwan sembelihan baik, suci dan halal


Bengkel Penyembelihan Secara Islam dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, jemaah-jemaah masjid dan kumpulan belia masjid berkenaan. | Foto: Mohd Zul-Izzi Haji Duraman

 


 April 1st, 2016  |  09:23 AM  |   4205 views

MUKIM BERAKAS 'B'

 

Khamis, 31 Mac. - Agama Islam mensyariatkan haiwan yang disembelih sesuai dengan aturan syarat agar menjadikan haiwan yang disembelih itu baik dan suci serta halal untuk dimakan.

 

Perkara tersebut, antara yang terkandung dalam Bengkel Penyembelihan Secara Islam bagi Kumpulan Belia Masjid dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid anjuran bersama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Salambigar dan Pejabat Hal Ehwal Masjid, Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah itu berlangsung di Masjid Kampung Salambigar.

 

Lebih 45 peserta mengikuti bengkel sehari itu, yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, jemaah-jemaah masjid dan kumpulan belia masjid.

 

Di akhir bengkel para peserta menerima sijil penyertaan masing-masing pada majlis penutup yang disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pengarah, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

 

Di samping teori, para peserta juga diberikan pendedahan secara praktikal dengan membawa apa jua jenis binatang sembelihan seperti ayam dan burung supaya mereka sendiri dapat menimba pengalaman melakukan penyembelihan berkenaan.

 

Bengkel antara lain menerangkan mengenai hukum syarak sembelihan yang halal iaitu dengan mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan saluran pernafasan (halqum) dan saluran makan dan minum (mari') dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah Ta'ala.

 

Niat penyembelihan juga hendaklah berniat menyembelih kerana Allah Ta'ala sahaja bukan diniatkan selain daripada-Nya seperti jin, jembalang, hantu dan seumpamanya.

 

Selain itu para peserta juga diberikan penerangan mengenai sunat-sunat penyembelihan iaitu membaca "Bismillah", selawat ke atas nabi, membaca takbir, menghadap binatang ke arah qiblat, memotong dua urat darah di kiri dan kanan leher binatang, membaringkan binatang ke atas rusuk kiri, berwuduk, menyegerakan penyembelihan, menyembelih di pangkal leher binatang, menajamkan alat penyembelihan, membasuh pisau selepas setiap kali melakukan penyembelihan, mengelilingkan penyembelihan dan menutup aurat (penyembelih).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abd. Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59