FacebookInstagramTwitterContact

 

Ancient Pieces Of Wood Prove Our Ancestors Were Smarter Than We Thought           >>           Mcdonald’s Teases Its Biggest Burger Ever — And It Could Outrival Burger King’s Whopper           >>           Every Time Kelly Osbourne Was Honest Af About Motherhood           >>           Sabrina Carpenter Celebrates 25th Birthday With Leonardo Dicaprio Meme Cake           >>           Canning, Drying And More: The Art Of Food Preservation Across Cultures           >>           Popular Dry Shampoo Brands RECALLED After Cancer-Causing Ingredient Discovered           >>           Foreign Office Investigates Hamas Claim British-Israeli Hostage Killed In Gaza           >>           Children killed as bomb falls near Sudan hospital – MSF           >>           The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won           >>           Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PDB sertai Kejohanan Interforces Games Ke -11


Tetamu Kehormat ketika menyerahkan Bendera Pasukan Polis Diraja Brunei kepada wakil kontinjen Penolong Penguasa Polis Percubaan, Awang Haji Mohd. Noor Fadzli. | Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

 


 April 1st, 2016  |  09:26 AM  |   5937 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 31 Mac. - Seramai 30 pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) akan berlepas ke Republik Singapura pada 4 April ini bagi menyertai Kejohanan Interforces Games 2016 Ke-11.

 

Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Benderan Pasukan PDB dan Kelengkapan Sukan Kontinjen Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) bagi kejohanan tersebut berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Bahrin bin Mohd. Noor.

 

Dalam ucapannya, beliau antara lain berkata, kejohanan tersebut adalah termasuk dalam majlis tahunan PDB yang mana merupakan kejohanan sukan tahunan di antara pasukan PDB dan pasukan Polis Republik Singapura.

 

Tambahnya, ia bertujuan untuk menghidupkan lagi semangat kesukanan, membina dan mengukuhkan tali persahabatan di antara kedua-dua pasukan bukan sahaja di dalam arena sukan, tetapi juga di peringkat strategik.

 

Menurutnya, pasukan yang mewakili kontinjen MS PDB juga telah giat menjalani persiapan dari segi latihan seperti yang dijadualkan dan menyarankan agar para atlet memberikan saingan yang terbaik agar memperolehi kemenangan dalam sukan-sukan yang dipertandingkan di Singapura nanti.

 

Katanya lagi, semua pegawai dan anggota haruslah sentiasa ingat mengingati untuk terus menjaga nama baik pasukan dengan menjaga disiplin dan kewibawaan pasukan PDB.

 

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat juga menyerahkan kelengkapan sukan kepada ketua-ketua pasukan yang akan bertanding dan seterusnya menyerahkan bendera Pasukan PDB kepada wakil kontinjen Penolong Penguasa Polis Percubaan, Awang Haji Mohd. Noor Fadzli.

 

Kontinjen PDB akan berada di Singapura selama empat hari bagi menyertai empat acara sukan yang akan dipertandingkan, iaitu badminton, bola jaring, bola sepak dan golf.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Haniza Abdul Latif, Nurul Husnina Nadia Johari

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59