Home > Sports
MS ABDB - Kota Ranger FC Berentap Rebut Piala Sumbangsih
PEGAWAI MEDIA NFABD, Awang Waqiuddin Abdul Haq Haji Abdul Rajak semasa sidang media.
February 8th, 2020 | 07:58 AM | 1273 views
MUKIM BERAKAS
Juara bertahan Liga Super Brunei 2018-2019, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) dan Juara Piala FA DST 2018-2019 Kota Ranger FC akan bertembung dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2020 yang akan diadakan malam esok.
Sehubungan itu, perlawanan bagi pembukaan tirai Liga Super Brunei itu akan diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah jam 8.15 malam.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Pegawai Media, Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD), Awang Waqiuddin Abdul Haq Haji Abdul Rajak pada sidang yang berlangsung di persatuan berkenaan.
Sementara itu, Pengurus Pasukan MS ABDB, Major (U) Muhd. Nur Aidi Haji Abdul Razak semasa sidang media menjelaskan, ada saingan yang hebat antara pasukan-pasukan bagi musim perlawanan tahun ini dan berusaha untuk sentiasa mengharungi cabaran serta membuat yang terbaik bagi permulaan perlawanan besok malam.
Manakala Pengurus Pasukan Kota Ranger FC, Md. Nazib Haji Ali pula berkata, pasukannya juga mempersiapkan diri masing-masing dan berharap mereka dapat melakukan yang terbaik.
Menurut Kapten Pasukan MS ABDB, Mohammad Khairul Mee Mail dan Kapten Pasukan Kota Ranger FC, Adi Said berkata, pasukan masing-masing telah membuat persiapan yang cukup dan tekad ingin mengakhiri setiap perlawanan dengan keputusan yang baik.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]