Home > Sports
Bola Sepak Persahabatan Mantapkan Perpaduan Masyarakat
SEBAHAGIAN daripada aksi perlawanan persahabatan di antara Warga Jabatan Daerah Temburong dengan Kelab Bola Sepak Stoneville.
February 8th, 2020 | 08:01 AM | 961 views
KAMPONG BATU APOI, TEMBURONG
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara Warga Jabatan Daerah Temburong dan kalangan pemimpin akar umbi dan Kelab Bola Sepak Stoneville hari ini diadakan bertempat di Kompleks Sukan Batu Apoi.
Turut serta dalam perlawanan persahabatan di antara warga Jabatan Daerah Temburong dan Kelab Bola Sepak Stoneville tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Abdul Ghani bin Haji Othman.
Inisiatif dan aktiviti tersebut adalah salah satu usaha jabatan tersebut dalam memantapkan lagi perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Dengan adanya aktiviti sukan dan riadah tersebut, secara tidak langsung mengeratkan silaturahim dan juga mengeratkan perpaduan masyarakat di antara jabatan dan juga pihak swasta.
Antara objektif ia diadakan adalah untuk memartabatkan dan menyemarakkan lagi keharmonian masyarakat Daerah Temburong melalui sukan dan ia merupakan satu petanda positif sekali gus menjadi aktiviti yang boleh dibuat dari semasa ke semasa.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]