FacebookInstagramTwitterContact

 

People's Representatives Invite People To Traffic Orderly           >>           Grand State Maulidur Rasul Procession In Miri To Involve 7,600 Participants           >>           All Except Three Sabah Districts Record New Infections           >>           Việt Nam Welcomes 1.87 Million Foreign Visitors In First Nine Months, Mostly From Asia           >>           Việt Nam Welcomes 1.87 Million Foreign Visitors In First Nine Months, Mostly From Asia           >>           Attapeu Municipality Flooded           >>           Elon Musk Asked To Provide Satellite Internet For Myanmar Fight Against Junta           >>           PH Ranks 59th At GII 2022, Still Recognized As An ‘Extraordinary Upward Mover’ – DOST           >>           Former KPK Officials To Defend Sambo, Wife Against Premeditated Murder           >>           Lower Electricity Tariffs From October To December After 6 Consecutive Hikes           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:41AM

Subuh

: 04:51AM

Syuruk

: 06:08AM

Doha

: 06:30AM

Zohor

: 12:11PM

Asar

: 03:23PM

Maghrib

: 06:13PM

Isyak

: 07:22PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Liga Bola Keranjang Kebangsaan 5.11 Buka Tirai


TETAMU kehormat mesrasmikan perlawanan.

 


 March 9th, 2020  |  08:22 AM  |   6328 views

JALAN BATU BERSURAT

 

Persatuan Bola Keranjang Brunei dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait dan Tutong malam tadi membuka tirai Kejohanan Liga Bola Keranjang Kebangsaan 5.11 yang mengambil tempat di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei, Jalan Batu Bersurat, di sini.

 

Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

 

Liga Bola Keranjang Kebangsaan mempertandingkan Kategori Lelaki dan Wanita, yang mana enam pasukan mengambil bahagian dalam Kategori Lelaki (Brunei Muara 'A', Brunei Muara 'B', Temburong, Tutong, Belait dan Belait 'B'), manakala empat pasukan lagi mengambil bahagian dalam Kategori Wanita (Brunei Muara, Temburong, Tutong dan Belait).

 

Terdahulu, pembukaan tirai menyaksikan perlawanan Kategori Lelaki di antara Belait 'B' menentang Tutong yang berkesudahan 39 - 71, sekali gus memberikan kemenangan kepada pasukan Tutong.

 

Perlawanan Kategori Lelaki itu kemudiannya diteruskan lagi dengan menyaksikan permainan di antara Brunei Muara 'A' dan pasukan Belait yang mana pasukan Brunei Muara 'A' berjaya mengalahkan Belait dengan kiraan mata jaringan 73 - 71.

 

Memandangkan kebimbangan berterusan terhadap Corona Virus dan kekurangan sumber, pihak penganjur terpaksa mengurangkan jumlah permainan dan menggantung format Home and Away yang merupakan ciri utama Liga Kebangsaan tahun lepas.

 

Liga Bola Keranjang Kebangsaan adalah platform penting yang memberikan pendedahan kepada pemain wanita dan juga pemain muda dalam sukan bola keranjang.

 

Pemain dari Liga Kebangsaan boleh dipilih untuk mewakili Brunei dalam kejohanan 'Borneo Intercity' yang akan datang pada bulan Jun nanti.

 

Liga Bola Keranjang Kebangsaan ditaja oleh 5.11 bersama You-C1000 sebagai minuman sukan rasmi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


All Except Three Sabah Districts Record New Infections

 2022-09-30 15:00:05

Abortion: India Supreme Court Says Amended Law To Cover Single Women Too

 2022-09-30 13:39:20

Asian Equities Slide As Global Selloff Deepens: Markets Wrap

 2022-09-30 11:46:49