FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kasih Raja Tersirat di Jiwa Rakyat


BAGINDA bersama paduka anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri sejurus keberangkatan di pentas khas di Padang Bandaran, Jalan Sultan. |FOTO: PELITA BRUNEI ( Masri Osman, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Hernie Suliana Haji Othman)

 


 July 24th, 2016  |  10:11 AM  |   2106 views

KUALA BELAIT

 

Sabtu, 23 Julai. - Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk bagi Daerah Belait sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 juga turut dinantikan oleh rakyat dan penduduk di daerah ini bagi sama-sama menjunjung keberangkatan raja dan pemimpin negara yang bijaksana, berkarisma, penyayang dan sangat pemedulian terhadap hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk baginda.

 

Pada majlis yang berlangsung di Padang Bandaran, Jalan Sultan di daerah ini, peluang menjunjung keberangkatan raja yang berjiwa rakyat tidak dilepaskan begitu saja oleh rakyat dan penduduk serta pelbagai kaum dan lapisan masyarakat di sini termasuk warga asing serta para pelancong dari negara jiran.

 

AMPUAN MESRA BELAIT 12

BAGINDA semasa berkenan mendengarkan sembah penerangan pada  pameran yang ditempatkan di salah sebuah khemah.

 

Majlis Junjung Ziara kali ini membawa tema, 'Raja Tersohor, Negara Makmur, Rakyat Bersyukur'

 

Bermula dari keberangkatan baginda dari kawasan Helipad hingga kawasan Dewan Santap dan jalan menuju ke Padang Bandaran, para penuntut sekolah dengan penuh semangat berbaris mengibarkan bendera-bendera kecil negara bagi sama-sama menjunjung keberangkatan Kebawah DYMM dan ahli-ahli kerabat diraja yang kemudiannya disambut dengan barisan pelajar sekolah memegang bunga manggar diikuti dengan paluan hadrah.

 

AMPUAN MESRA BELAIT 13

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berinteraksi bersama Orang Berkeperluan Khas (OBK)  / Orang Kurang Upaya (OKU)  pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM bercemar duli bagi majlis tersebut berserta kerabat diraja di Padang Bandaran dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70 dan Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman.

 

Berangkat sama paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah DYMM ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

AMPUAN MESRA BELAIT 25

KEBAWAH DYMM semasa menyaksikan persembahan Robotic dari salah sebuah sekolah menengah di daerah ini.

 

Sebaik sahaja Kebawah DYMM serta kerabat diraja berada di Pentas Khas, Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' bergema diikuti dengan tiga kali laungan 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' oleh barisan penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, ketua-ketua rumah panjang dan Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) Daerah Belait yang diketuai oleh Ketua Kampung Pandan 'A', Awang Sulaiman bin Haji Udin.

 

Pegawai Daerah Belait bagi mewakili rakyat dan penduduk di daerah ini kemudian merafakkan sembah kesyukuran dan taat setia ke hadapan majlis Kebawah DYMM.

 

AMPUAN MESRA BELAIT 28

BAGINDA berkenan menyaksikan persembahan di salah sebuah khemah sempena Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk bagi Daerah Belait.

 

Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah diserikan dengan Persembahan Khas 'Cetusan Kasih Rakyat' dipersembahkan oleh gabungan para pelajar di daerah ini yang didahului dengan persembahan Nasyid 'Al-Fatihah' dibawakan oleh pelajar-pelajar pra-vokasional dari lima buah sekolah menengah dengan diiringi Bahasa Isyarat diikuti dengan persembahan puisi bertajuk 'Doa untuk Raja' dari para pelajar sekolah rendah serta persembahan silat dari Persatuan Seni Warisan Pelangi Majlis Perundingan Mukim (MPM) Liang dan Tai Chi sambil diiringi dengan lagu koir 'Berkekalan Beraja Sejahtera Negara'.

 

Kebawah DYMM bersama ahli-ahli kerabat diraja kemudian dijunjung berangkat bagi menerima junjung ziarah daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi, peserta-peserta laungan Daulat serta rakyat dan penduduk dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat yang menyertai pameran dan persembahan yang dimuatkan dalam khemah-khemah yang disediakan bermula dengan khemah pertama yang memuatkan warga emas di daerah ini dan diakhiri dengan khemah yang disertai oleh lebih 400 peserta 70 kali khatam sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-70 termasuk 15 orang peserta Doa Khas.

 

AMPUAN MESRA BELAIT 17

KEBAWAH DYMM berkenan menerima  junjung ziarah dari pelbagai lapisan masyarakat yang hadir bagi sama-sama memeriahkan Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah pada majlis tersebut.

 

Lain-lain peserta yang menyertai pameran dan perhimpunan pada Majlis Junjung Ziarah ini termasuklah Orang-orang Berkeperluan Khas dan Orang Kelainan Upaya; lapan mukim di daerah ini, Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP); Syarikat Gas Cecair Asli Brunei (BLNG); Brunei Methanol Company (BMC); masyarakat antarabangsa; badan pertubuhan bukan kerajaan dan para sukarelawan; Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Simpanan Gurkha.

 

Sepanjang ramah mesra dan junjung ziarah Kebawah DYMM juga berkenan menerima pesambah dan menyaksikan pelbagai persembahan dalam khemah-khemah yang tersedia.

 

230716 BELAIT HAMZAH24

BAGINDA berkenan menerima junjung ziarah dari anggota  Pasukan Simpanan Gurkha.

 

Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah diakhiri dengan Majlis Santap Tengah Hari yang berlangsung di Dewan Santap berdekatan Kediaman Rasmi, Pegawai Daerah Belait.

 

Di sini baginda berkenan memotong Kek Hari Keputeraan dan menerima pesambah yang disembahkan khas sempena sambutan Perayaan Hari Keputeraan Baginda Ke-70.

 

MASMALEH MESRA 22

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan  memotong Kek Hari Keputeraan di Dewan Santap.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Hakim Syar'ie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Belait, Awang Haji Kaharudin bin Haji Ali.

 

Tema bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di daerah ini menggambarkan kepimpinan Kebawah DYMM sebagai seorang raja dan ketua negara yang tersohor dan dihormati di seluruh dunia.

 

MASMALEH MESRA 24

KEBAWAH DYMM berkenan menerima pesambah dari Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi sempena  Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan  baginda ke-70 tahun bagi Daerah Belait.

 

Tidak dinafikan Kebawah DYMM merupakan seorang raja yang sangat dikasihi oleh rakyat dan penduduk di negara ini malahan di kalangan warga asing juga sering menjunjung tinggi kepimpinan baginda.

 

Kebawah DYMM juga adalah seorang raja yang berwawasan khususnya untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam selama-lamanya menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan ajaran ugama Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan berasaskan keadilan, amanah dan kebebasan dengan petunjuk serta keredaan Allah Subhanahu Wata'ala, sentiasa berusaha memperolehi ketenteraman dan keselamatan, kebajikan dan kebahagiaan bagi rakyat.

 

230716 BELAIT HERNIE8

LAUNGAN "Daulat Kebawah Duli Tuan Patik" bergema di Padang Bandaran Kuala Belait sempena keberangkatan Kebawah DYMM bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk daerah tersebut.

 

Azam baginda untuk menjadi negara ini sebagai sebuah negara zikir yang aman makmur dan mendapat keampunan serta keredaan dari Allah Subhanahu Wata'ala patut dijulang tinggi.

 

Di bawah kepimpinan Kebawah DYMM, rakyat dan penduduk dapat menikmati kemakmuran negara, hidup rukun damai, gembira, bahagia, sejahtera dan bersatu-padu dalam keadaan negara yang aman lagi sentosa.

 

230716 BELAIT HERNIE12

PERSEMBAHAN menggunakan Bahasa Isyarat Nasyid Erti Surah Al-Fatihah.

 

Dengan keamanan itu pula membolehkan rakyat untuk sama-sama mendukung dan berusaha bagi membangun, memajukan serta mempertahankan perpaduan, kestabilan, keselamatan dan kesejahteraan negara.

 

Insya-Allah dengan wawasan baginda iaitu Wawasan 2035, generasi masa kini dan yang akan datang akan terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan.

 

230716 BELAIT HAMZAH5

 

PERSEMBAHAN seni silat  dari Persatuan  Seni Warisan Pelangi Majlis Perundingan Mukim (MPM) Liang turut menyerikan Persembahah Khas 'Cetusan Kasih Rakyat'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Siti Muslihat Haji Saleh

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17