FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Wajid, Makanan Tradisi Terkenal Daerah Temburong


KUIH Wajid yang dijual dalam beg plastik tidak akan ditutup di atasnya bagi mengelakkan pengewapan dan seterusnya merosakkan isi kuih tersebut.

 


 August 1st, 2020  |  09:14 AM  |   1638 views

PEKAN BANGAR, TEMBURONG

 

Tidak lengkap jika kita pergi ke Daerah Temburong tanpa membeli makanan yang sinonim dengan daerah tersebut, iaitu kuih wajid.

 

Sebelum Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien siap dibina, perjalanan ke Daerah Temburong ialah dengan menggunakan bot laju yang mengambil masa 45 minit dari Bandar Seri Begawan, menjadikan ia sebuah daerah yang hanya dikunjungi jika ada tujuan atau keperluan.

 

Pernahkah kita pergi ke Temburong dan dipesankan untuk membawa balik Wajid Temburong oleh ahli keluarga mahupun sahabat handai. Ini kerana ia merupakan makanan istimewa yang terkenal dan jumlahnya juga terhad setiap hari.

 

Sekarang, daerah berkenaan sudah boleh diakses melalui jalan darat. Untuk mendapatkannya, seseorang perlu mengunjungi Tamu Aneka Temburong yang terletak di Pekan Bangar, di mana beberapa peniaga menjual jenis kuih wajid yang paling digemari iaitu Wajid Jawa.

 

Wajid Jawa ini diperbuat daripada beras Jawa yang sekarang sukar didapati di negara kita, disebabkan impak penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan sempadan laluan darat ke negara jiran masih ditutup.

 

Beras Jawa diproses menggunakan mesin khas yang tidak terdapat di negara ini dan mendapatkannya dari negara jiran pula memerlukan kos yang lebih tinggi daripada beras biasa. Mungkin ini sebabnya Wajid Jawa sangat terhad.

 

Menyentuh mengenai kuih wajid secara amnya, ia dianggap sebagai 'trademark' daerah berkenaan kerana rasa dan cara pembuatannya yang sedikit berbeza dari yang didapati di daerah lain. Lazimnya, kebanyakan wajid yang dijual di Tamu Aneka Temburong berharga BND2 untuk satu paket.

 

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pelajar universiti, Dayang Ain, yang membantu menjalankan perniagaan turun temurun arwah neneknya di salah sebuah gerai di pekan Bangar.

 

Syarikat Ahad bin Haji Tengah yang diwarisi itu menjual wajid sebagai jualan utama. Walaupun pada masa ini tiada Wajid Jawa, gerai tersebut masih beroperasi dengan menjual wajid biasa, iaitu Wajid Beras Pulut.

 

Dayang Ain berpendapat, cara pembuatan yang diwarisi daripada arwah neneknya itulah warisan yang perlu dipelihara oleh keluarganya dan juga generasi muda sepertinya.

 

Untuk mempelbagaikan lagi rasanya, beberapa peniaga juga kreatif mencipta resipi baharu kuih wajid, antaranya Wajid Durian, Wajid Labu, Wajid Keladi, Wajid Ubi Kayu, malahan Wajid Biji Cempedak, namun ia tertakluk kepada bekalan dan juga musim.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19