• Today: July 20, 2026

Raptai penuh pastikan kelancaran majlis

Bagi memastikan persiapan dan kelancaran Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 bagi Tahun 2026, raptai penuh telah diadakan pagi tadi bertempat di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Tutong, di sini.

Berangkat bagi menyaksikan raptai penuh tersebut ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 bagi Tahun 2026.

Juga hadir, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Pengerusi-pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 bagi Tahun 2026.

Turut hadir, Pemangku Grand Chamberlain, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Ke-80 bagi Tahun 2026.

Raptai turut dihadiri oleh Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Pemangku- pemangku Pegawai Daerah dan Ahli-ahli Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Ke-80 Tahun.

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-80 bagi Tahun 2026 akan diadakan pada Rabu, 22 Julai 2026 bertempat di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Tutong.

 

SOURCE/AUTHOR : PELITA BRUNEI/Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

Venues

BSB

Comments (0)

No comments yet. Be the first to comment!

Leave a Comment

Total visitors: 3,720,794 | Today's visitors: 20,408
Updated: 20:31:03