Home > In The Court
Padah Miliki Minuman Keras
September 30th, 2020 | 11:12 AM | 410 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda sebanyak BND38,000 atau 14 bulan penjara ke atas seorang lelaki warga tempatan.
Pemangku Ketua Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman juga menetapkan tempoh pembayaran hukuman denda tersebut sehingga 28 Disember 2020.
Defendan, Mohamad Alif bin Laidin, 37 tahun, didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais 2006, memiliki 84 x 24 tin Carlsberg @ 320 ml pada 6 September 2020.
Tangkapan telah dibuat oleh Pegawai Pencegah Kastam Bandar Seri Begawan di kawasan penghujung Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, kawasan Kampung Sungai Besar, Jalan Kota Batu pada jam 6.30 pagi pada hari tersebut. Kesemua barang terlibat telah dihukum rampas dan kereta dikembalikan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]