Home > In The Court
Dadah : Sebutan Semula Kes, 7 Januari
December 25th, 2020 | 10:24 AM | 1019 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret melanjutkan tahanan reman selama dua minggu ke atas seorang lelaki, warga tempatan, Awang Mas Fadillah bin Ibrahim yang disyaki terlibat, di bawah akta penyalahgunaan dadah.
Pemangku Majistret Kanan, Mohammad Marzuqi bin Sabtu juga menetapkan kes tersebut disebut semula, pada 7 Januari 2021, jam 2.00 petang.
Awang Mas Fadillah (defendan), berumur 32 tahun, disyaki terlibat didalam aktiviti pengedaran dadah semasa berada di dalam dua buah kereta yang berasingan, di kawasan lapang letak kereta, di Flat Kerajaan, Kampung Sinarubai.
Defendan memiliki dadah terkawal, iaitu Dadah Kelas 'A' Methylamphetamine, iaitu sebanyak 1.2 kilogram, bagi tujuan mengedar, dan jika didapati bersalah, defendan boleh dihukum gantung hingga mati, di bawah Seksyen 3A bagi Akta Penyalahgunaan Dadah Bab 29.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah 'Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]