FacebookInstagramTwitterContact

 

Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>           Retirement Certificate Presentation Ceremony           >>           Survival Gardening: The Best Crops To Grow For Self-Sufficiency           >>           Latest EWG Consumer’s Guide Reveals 2024’s DIRTY DOZEN And CLEAN FIFTEEN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Miliki Senjata Buatan Sendiri


 


 December 31st, 2020  |  16:34 PM  |   845 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Padah memiliki senjata buatan sendiri, seorang warga asing dan penduduk tetap dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini.

 

Hakim Muhammad Faisal bin PDJLD Kol (B) DSP Haji Kefli menjatuhkan hukuman itu terhadap Joenny Tati, 36 tahun, dan Ricky anak Kalong, 34 tahun, selepas mengaku bersalah memiliki senjata.

 

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh bermula 28 Oktober 2020.

 

Mengikut fakta kes, kedua-duanya dipercayai melakukan aktiviti pemburuan haram dengan menggunakan senjata api di kawasan perhutanan Mukim Liang dan kemudiannya ditahan di dua buah lokasi berasingan pada 6 Mei 2020.

 

Kedua-dua tertuduh tersebut ditahan dalam satu rondaan dan pemeriksaan pencegahan jenayah oleh keanggotaan Balai Polis Labi, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan kilang papan yang beroperasi di kawasan Mukim Bukit Sawat, berikutan satu aduan yang memaparkan beberapa keping gambar kelibat dua orang lelaki yang membawa senjata api terakam pada kamera perangkap yang dipasang di perhutanan kawasan Labi pada 14 April 2020 yang lalu.

 

Adapun kamera perangkap tersebut dipasang adalah untuk merakam gambar haiwan bagi tujuan kajian pihak Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan perkara ini sudah pun mendapat permit dari Jabatan Perhutanan.

 

Dalam kejadian tersebut, Joenny Tati menunjukkan tempat penyimpanan senjata api miliknya yang disembunyikan di dalam hutan belakang rumah pekerja kilang dan pihak polis berjaya menemukan satu bekas guni yang dipercayai mengandungi senjata api dan peralatannya.

 

Manakala Ricky anak Kalong telah membakar senjata api buatannya di tempat bekas pemanggang makanan di kawasan belakang rumah pekerja kilang. Walau bagaimanapun, pihak polis berhasil menemukan lagi senjata yang disembunyikan di kawasan belakang rumah pekerja berkenaan.

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hafizah binti Ahmad, manakala tertuduh diwakili Peguambela.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06