Home > In The Court
Padah Akibat Dadah
January 2nd, 2021 | 09:23 AM | 1194 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda BND1,500 atau tiga bulan penjara ke atas seorang wanita warganegara Indonesia atas kesalahan dadah.
Pemangku Majistret Kanan Mohammad Marzuqi bin Sabtu juga menetapkan tempoh bayaran denda tersebut sehingga 1 April 2021.
Widaningsih, 37 tahun, didakwa bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 6(b) memakan dadah terkawal.
Suspek ditahan oleh Pegawai Biro Kawalan Narkotik (BKN) di kawasan letak kereta Restoran GK, Kampung Jerudong pada 24 November 2020 dan seterusnya diserahkan ke pejabat BKN bagi ujian air kencing.
Setelah dianalisis, hasil ujian air kencing suspek didapati positif mengandungi dadah jenis 'A' Methylamphetamine, iaitu Syabu.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Sofimah binti Ramlee di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]