Home > In The Court
Didenda Gagal Kemukakan Cukai Pendapatan Tahunan
February 28th, 2021 | 13:02 PM | 2570 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret memerintahkan Syarikat Maicom Sdn. Bhd., Kampung Serusop untuk membayar denda sebanyak BND5,000 setelah disabitkan kesalahan selepas perbicaraan kerana gagal mengemukakan butiran pulangan cukai pendapatan tahunannya.
Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu memutuskan denda itu selepas pihak pendakwa berjaya buktikan kes melampaui keraguan munasabah. Syarikat itu didapati gagal mengemukakan pulangan cukai pendapatan yang berakhir pada 31 Disember 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.
Syarikat Maicom Sdn. Bhd. diberikan tempoh pembayaran sehingga Februari 2022. Syarikat tersebut tidak mempunyai kesalahan sebelumnya di bawah Akta Cukai Pendapatan, Cap 35. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Nor 'Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]