FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Menyamar : ‘Runner’ Dihukum Penjara


 


 March 1st, 2021  |  08:34 AM  |   1128 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Gara-gara menyamar sebagai anggota polis, seorang petugas 'runner' penghantar makanan di penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

 

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abd Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Reduan bin Judin, 37, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menyamar sebagai anggota polis.

 

Mohd Reduan yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar menuju ke Jalan Singa Menteri Kuala Belait pada 3 Februari lepas. Majistret memerintahkan Mohd Reduan menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani binti Jumat bagaimanapun memohon hukuman setimpal kerana kesalahan tertuduh memperdaya orang awam dan merupakan satu kesalahan serius. Menurut fakta kes, pada hari kejadian Mohd Reduan bersama seorang lagi rakannya telah mengarahkan pengadu untuk berhenti di tepi jalan berhampiran Masjid Kampung Mumong.

 

Selepas itu, Mohd Reduan mendekati pengadu yang berhenti di tepi jalan raya kemudian Mohd Reduan memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada pengadu sambil mengarahkan untuk menyerahkan kad pengenalan dan lesen untuk diperiksa.

 

Mohd Reduan menyatakan bahawa kad pengenalan pengadu telah mansuh dan akan merujuk ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Mohd Reduan juga telah mengambil gambar kad pengenalan dan Lesen Memandu pengadu dengan menggunakan telefon bimbitnya.

 

Pengadu juga dimaklumkan bahawa dia perlu membayar denda sebanyak BND300 untuk menyelesaikan kes ini kerana kad pengenalannya sudah mansuh. Namun pengadu menjawab bahawa pas kerja masih sah walaupun kad pengenalan sudah mansuh kemudian Mohd Reduan dan rakan memutuskan untuk melepaskan pengadu.

 

Pengadu terus membuat laporan ke Balai Polis mengenai dengan kejadian tersebut. Mohd Reduan ditangkap pada 16 Februari 2021 dan mengaku menyamar sebagai anggota polis dengan niat untuk mengancam pengadu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06