Home > In The Court
Dipenjara 10 Bulan, Gagal Membayar Denda
March 14th, 2021 | 13:14 PM | 1096 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara ke atas seorang lelaki warganegara Indonesia kerana gagal membayar denda BND10,000.
Defendan, Indra, 48 tahun, didakwa kerana memiliki sebanyak 11 karton dan 11 paket rokok pelbagai jenama yang dijumpai dalam serbuan yang dijalankan oleh Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Bandar Seri Begawan di sebuah rumah pekerja, di Pantai Mentiri Golf Club, Jalan Kota Batu pada 12 Mac 2021.
Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Indra di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Kesemua barang-barang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan sepertimana yang dinyatakan dalam pendakwaan yang dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JKED, Awang Haji Mohd. Junaidi bin Haji Ahmad.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]