FacebookInstagramTwitterContact

 

Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project Launching Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dijatuhkan Hukuman Penjara, Sebat


 


 March 21st, 2021  |  08:46 AM  |   843 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan empat sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan curi dan pecah masuk.

 

Hakim Harnita Zelda Skinner menjatuhkan hukuman tersebut di Mahkamah Perantaraan setelah mempertimbangkan kesalahan ini adalah yang dilakukan tertuduh dengan dua rekod jenayah sebelumnya yang melibatkan kesalahan berkaitan harta benda dan sabitan terakhirnya pada tahun 2010 dan 2014.

 

Mohammad Saifullah bin Awang Haji Ahmad, 38 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Pengkalan Batu di antara 22 hingga 27 Februari 2021.

 

Mohammad Saifullah juga didakwa mencuri satu Led Television model LG, satu komputer berjenama Asus, satu kotak Drill, satu komputer berjenama Acer, satu komputer berjenama Dell dan satu kotak berisi duit siling. Tertuduh juga menerima wang bernilai BND250 hasil jualan barangan curian tersebut.

 

Berdasarkan fakta kes, mangsa mendapati beberapa barang miliknya hilang dan hasil siasatan mendapati, tertuduh mengaku memecah masuk rumah terbabit.

 

Sementara itu, dalam pertuduhan kedua, tertuduh telah melakukan pecah rumah pada 18 Ogos 2020 di kawasan Flat Pertanian Mulaut di mana tertuduh telah menggunakan basi untuk memecah pintu depan untuk masuk ke dalam rumah.

 

Tertuduh telah mencuri beberapa barang iaitu sebentuk cincin emas, beberapa helai tudung, dompet berjenama Micheal Kors, jenama YSL dan Fossil. Tertuduh telah menjual cincin emas dan memberikan BND20 hasil jualan cincin emas kepada rakannya.

 

Mohammad Saifullah dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya kerana memberi kerjasama penuh ketika siasatan termasuk mengaku salah sekali gus menjimatkan masa perbicaraan.

 

Hakim Harnita Zelda Skinner dalam penghakimannya berharap agar hukuman yang dikenakan menjadi pengajaran buat tertuduh dan orang ramai agar tidak melakukan kesalahan sama. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani bin Haji Jumat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48