Home > In The Court
Akibat Perbuatan Tidak Senonoh : Dipenjara 9 Bulan
April 9th, 2021 | 12:43 PM | 858 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Disebabkan perbuatan yang tidak senonoh, seorang lelaki, warga tempatan, mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman sembilan bulan penjara, di Mahkamah Majistret, di sini.
Awang Haji Sujairi bin Haji Salleh (defendan) juga Jurulatih Gim di Haz Fitness Studio, didakwa atas kesalahan merakam video seorang remaja perempuan yang sedang mandi (mangsa).
Dalam kenyataan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri binti Kiprawi, defendan tinggal di tempatnya bekerja, di Batu Besurat dan ditangkap pada 24 Mac 2021.
Mangsa merupakan anak kepada teman wanita defendan, yang juga tinggal bersebelahan dengan tempat tinggal defendan dalam bangunan yang sama.
Semasa kejadian 24 Mac 2021, sekitar jam 1.45 petang, defendan berada di rumah sewa tersebut untuk menghantar mangsa ke rumah neneknya di Kampung Sinaut.
Ketika itu, mangsa, berumur 14 tahun, sedang mandi di bilik ibunya.
Defendan terus mengintip mangsa yang sedang mandi, lalu merakamnya menggunakan telefon bimbit dalam masa selama 15 saat.
Kemudian, defendan menonton rakaman video mangsa tersebut sebelum menghapuskan rakaman video berkenaan sebelum perbuatannya diketahui oleh teman wanitanya.
Perilaku defendan disedari oleh teman wanitanya setelah mendapati perbuatan defendan melalui aplikasi yang membolehkan gambar video tersebut dapat ditonton semula.
Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjalankan hukuman tersebut, di bawah Seksyen 377H (3) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]