FacebookInstagramTwitterContact

 

'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>           Retirement Certificate Presentation Ceremony           >>           Survival Gardening: The Best Crops To Grow For Self-Sufficiency           >>           Latest EWG Consumer’s Guide Reveals 2024’s DIRTY DOZEN And CLEAN FIFTEEN           >>           Tiktoker Nara Smith’s New Cooking Video Is Her Most Controversial Yet           >>           Gypsy Rose Blanchard Reveals How Her Nose Job Impacted Her Ego           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Akibat Mencuri


 


 April 23rd, 2021  |  09:53 AM  |   520 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tindakan seorang lelaki yang melakukan pecah rumah milik seorang lelaki tempatan dengan niat hendak mencuri mengundang padah apabila tertuduh dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dua bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Perantaraan.

 

Daripada 12 saksi dan selepas memanggil saksi yang kesembilan pada perbicaraan kes pecah rumah tersebut, tertuduh terpaksa akur dan akhirnya mengaku bersalah di hadapan hakim.

 

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Pengiran Muhammad Ibnu bin Pengiran Haji Othman, 30 tahun didakwa melakukan pecah rumah milik mangsa di Kampung Manggis II, Jalan Madang bagi maksud melakukan sesuatu kesalahan, kira-kira jam 10.30 malam pada 1 September 2020 lalu.

 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan serta boleh dilanjutkan sehingga 15 tahun.

 

Berdasarkan fakta kes, pada 1 September 2020, tertuduh telah memotong pagar jendela dengan menggunakan peralatan tertentu untuk membuka pagar agar tertuduh bersama rakan dapat masuk ke dalam rumah mangsa. Setelah tertuduh bersama rakan masuk ke dalam rumah mangsa, tertuduh dan rakan mencuri beberapa barang yang berharga.

 

Tertuduh mengaku mencuri beberapa barang iaitu satu penimbang digital, satu telefon bimbit jenama iPhone berwarna hitam, dua set kunci Toyota Prado, satu kunci kereta Lexus, satu kunci ‘steering’, set ‘remote control’ rumah bersama dua kunci rumah, satu laptop dan dua ‘pendrive’, emas dan ‘silver’, duit syiling, tiga jam tangan jenama Garmin, beg kerja, duit di dalam beg dompet, dua kunci kereta Suzuki SX4, satu kunci kereta Mercedez Benz E300.

 

Ketika mangsa balik ke rumah pada jam 11.30 malam, dia mendapati ada beberapa barang hilang dan mangsa seterusnya memberitahu kedua ibu bapanya dan mereka melihat menerusi CCTV, mangsa seterusnya melihat kawasan rumah dan terdapat kesan pagar tingkap dibuka sementara menunggu pihak polis datang.

 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani binti Jumat di hadapan Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 


 

Source:
RTB NEWS

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06