Home > In The Court
Kes Bunuh Masih Dalam Siasatan
April 27th, 2021 | 14:34 PM | 772 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki didakwa kerana telah membunuh seorang anak lelaki berusia dua tahun. Mahkamah menetapkan pada 11, 12 dan 14 Ogos 2021 depan untuk sebutan semula kes.
Lance Corporal Muhd. Yusrin bin Mohd. Yusof (tertuduh) didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 10.00 dan 11.55 malam pada 20 Disember 2018 di Lumut.
Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menetapkan tarikh sebutan kes bagi tertuduh, 35 tahun, selepas Timbalan Pendakwa Raya Nor Hafizah binti Ahmad membuat permohonan untuk tertuduh ditahan reman lagi bagi polis menjalankan siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]