Home > In The Court
Didenda Memiliki 14 Karton, 6 Paket Rokok
April 28th, 2021 | 09:59 AM | 1002 views
BELAIT
Seorang kerani di syarikat swasta dikenakan denda BND14,600 oleh Mahkamah Majistret Kuala Belait hari ini.
Jika gagal membayar denda, defendan, Noorairlinizam binti Haji Johari akan dijatuhkan hukuman 14 bulan penjara.
Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman juga telah menetapkan tempoh pembayaran denda tersebut sehingga 27 Disember 2021.
Noorairlinizam, 38 tahun, didakwa kerana memiliki 14 karton rokok dan enam paket rokok pelbagai jenama yang ditemui di dalam keretanya yang berdaftar BAK2074 semasa Pegawai Penguatkuasa Kastam menjalankan pemeriksaan di kawasan letak kereta perindustrian pada 19 April 2021.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Kastam dan Eksais, Haji Mohd Junaidi bin Ahmad di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006. Kesemua barang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]