FacebookInstagramTwitterContact

 

Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>           Retirement Certificate Presentation Ceremony           >>           Survival Gardening: The Best Crops To Grow For Self-Sufficiency           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Akibat Mengaibkan Kehormatan


 


 April 29th, 2021  |  11:12 AM  |   571 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Akibat mengaibkan kehormatan lima wanita merakam video yang sedang berada di bilik air menggunakan telefon bimbit, seorang lelaki warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan.

 

Pemangku Majistret Kanan Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim memutuskan Heri Suwando, 34 tahun dihukum penjara enam bulan bagi empat pertuduhan dan tertuduh perlu menjalani hukuman itu secara bergilir-gilir bermula 27 April 2021.

 

Bagi pertuduhan pertama, Heri Suwando yang bekerja di sebuah syarikat didakwa merakam video wanita berusia 53 tahun yang sedang mandi di bilik air menggunakan telefon bimbit dengan maksud hendak mengaibkan kehormatannya di sebuah rumah pekerja di Jaya Negara, Kampung Pandan 4, Kuala Belait pada jam 9.07 pagi, 28 Mac 2021.

 

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap wanita yang sama pada jam 7.20 pagi, 2 April 2021. Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh melakukan perbuatan sama terhadap wanita yang sama pada jam 7.25 pagi, 5 April 2021.

 

Pada pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap wanita berusia 54 tahun menggunakan telefon bimbit.

 

Bagi pertuduhan keenam, tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama pada 8 April 2021, jam 10.43 pagi terhadap wanita berusia 32 tahun yang sedang mandi di bilik air. Bagi pertuduhan ketujuh, tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama juga pada 24 April, jam 8.13 pagi semasa wanita tersebut berada di bilik mandi.

 

Bagi pertuduhan kelapan, tertuduh melakukan lagi kesalahan tersebut pada wanita berumur 35 tahun di mana ketika itu sedang mandi di bilik air pada 25 April.

 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377 (H) 3 Bab 22 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun.

 

Mengikut fakta kes, pada 25 April 2021, sekitar jam 8.42 pagi, tertuduh sedang mencuci pakaian di luar kediamannya dan ketika itu tertuduh mendengar seseorang sedang mandi di bilik air rumah pekerja tingkat satu yang terletak bersebelahan.

 

Kemudian tertuduh menaiki tangga rumah jiran dan menggunakan telefon bimbitnya yang diikat pada tongkat kayu dan dipegang dengan pemegang telefon bimbit untuk mengangkat telefon bimbitnya ke tingkap bilik mandi dari luar untuk merakam orang yang mandi di dalamnya.

 

Pada ketika itu, Miss E, yang sedang mandi melihat telefon bimbit di tingkap bilik mandi. Miss E segera melangkah untuk mengambil telefon bimbit tertuduh. Miss E melihat tertuduh melarikan diri.

 

Selepas itu, Miss E dengan cepat berpakaian dan dia mendapati bahawa tertuduh secara diam-diam merakam video dirinya dan rakan serumahnya melakukan perbuatan peribadi di bilik mandi. Setelah penemuan ini Miss E merasa marah dan berhadapan dengan tertuduh di sebelah rumah.

 

Selepas itu, Miss E membuat laporan polis dengan segera pada hari yang sama kemudiannya tertuduh ditangkap dan disiasat. Telefon bimbit tertuduh juga dirampas untuk siasatan.

 

Semasa siasatan, didapati terdakwa telah merakam sebanyak lapan video dari lima mangsa wanita yang berlainan. Tertuduh mengaku melakukan perbuatan merakam semua video kelima-lima mangsa wanita tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka untuk tujuan memenuhi kepuasan seksualnya sendiri kerana tertuduh berasa kesepian.

 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri binti Kiprawi memohon hukuman berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh kerana ia kesalahan serius dan perbuatan itu sangat mengaibkan serta memberi tekanan kepada lima mangsa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06