FacebookInstagramTwitterContact

 

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>           Formula E: The World's Fastest Electric Vehicles Could Spark Widespread Innovation           >>           Attractive Raya Envelopes           >>           Man United Should Rebuild In The Way Arsenal Have – Mata           >>           Books by Local Writers           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Swedish FA Not Considering VAR After Clubs Raise Objections           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hubungan Brunei-Malaysia Berkekalan dan Meningkat


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak sempena Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia.

 


 August 31st, 2016  |  11:36 AM  |   1428 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 31 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dan kepada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, serta kerajaan dan rakyat Malaysia, bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia.

 

Di dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, baginda berserta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, kerajaan dan juga rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta kerajaan dan juga rakyat Malaysia sempena Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia.

 

Baginda seterusnya sangat menghargai hubungan silaturahim dan kerjasama erat serta mesra yang sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dengan Malaysia dan yakin bahawa hubungan yang sedia ada ini akan terus berkekalan dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa akan datang khususnya demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua buah negara.

 

Sementara itu dalam titah perutusan baginda kepada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, baginda gembira kedua-dua buah negara terus menikmati tali persahabatan dan jalinan silaturahim yang sangat erat dan mesra serta yakin akan terus bekerjasama rapat dengan Yang Amat Berhormat dalam mengembangmajukan hubungan kerjasama di peringkat dua hala, serantau dan antarabangsa demi kepentingan kedua-dua negara.

 

Pada mengakhiri perutusan-perutusan tersebut, baginda dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta kerabat diraja sentiasa dalam keadaan sihat dan dalam pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala jua dan begitu juga kepada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan keluarga, dan semoga kerajaan serta rakyat Malaysia akan sentiasa menikmati keamanan dan kemakmuran yang berkekalan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10